
Dirgahayu Tuanku, merafak sembah ucapan Setinggi-tinggi tahniah sempena Hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 8 Jun 2020 Bersamaan 16 Syawal 1441 Hijrah. Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia, memberi kesihatan dan kebahagiaan berkekalan sebagai Payung Mahkota ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Daulat Tuanku. Sembah Takzim Daripada Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disambut pada 8 Jun dan ianya diisytiharkan sebagai hari kelepasan am, ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265). Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata pengisytiharan itu dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan telah diwartakan pada 18 Mac lepas. Kerajaan bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun dan ianya akan disambut pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai 2021.
Ulang Tahun Agong adalah percutian yang berorientasi pada perayaan Hari Keputeraan Raja Malaysia. Di Malaysia, Raja disebut sebagai Yang di-Pertuan Agong. Ulang Tahun Agong disambut di Istana Negara di Kuala Lampur dan upacara diadakan untuk menghormati Agong. Upacara Hari Keputeraan Raja sangat formal dan semasa upacara ini dijalankan pelbagai pingat dan pita diberikan kepada orang-orang yang telah melakukan prestasi yang mengagumkan sepanjang tahun. Salah satu peristiwa terpenting yang berlaku semasa Hari Ulang Tahun Agong ialah perbarisan Trooping the Color di Kuala Lumpur. Trooping the Color adalah perarakan ketenteraan besar-besaran yang berlangsung di Dataran Merdeka. Acara ini terbuka untuk umum, tetapi hanya warganegara dan anggota tentera yang terhormat yang boleh pergi ke medan perbarisan. Semasa acara ini, setiap peringkat tentera Malaysia menghormati Agong. Kumpulan, kenderaan, pesawat terbang, infanteri, dan petugas semuanya mengambil bahagian dalam perayaan mewah ini. Semasa perbarisan, Agong disertai oleh panglima tertinggi pasukan tentera Malaysia. Setelah Trooping the Colour berakhir, Agong memimpin negara dalam beberapa doa Islam.
Berikut adalah Biodata KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong:

Nama: KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DKP.,DKM., DK., DMN., SSAP., SIMP., DK.(Terengganu)., DK.(Johor)., SPMJ., PAT., DKMB.(Brunei).
KEPUTERAAN
- Sultan Pahang telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
- Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak, sepak raga jaring. Atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, Baginda telah terpilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri di dalam permainan bola sepak.
PENDIDIKAN
- Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) 1981
- Royal Military Academy, Sandhurst, England 1979-1980
- Davies College, London – Advance School 1978-1979
- Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School 1975-1978
KETENTERAAN·
- Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004·
- Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000·
- Lieutenant Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st May 1999·
- Captain, Corp Cavalry of Malaysian Army 1980·
- 2nd Lieutenant, Royal Military Academy, Sandhurst, England 1980
(Commissioned by Queen Elizabeth II)
PERLANTIKAN PEMANGKU RAJA
- Sewaktu Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Negeri Pahang. Oleh kerana Baginda telah terdedah ke dunia pentadbiran, sering pula mengikut ayahanda Baginda menemui rakyat, tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ketika menjadi Pemangku Raja inilah Baginda menyertai kursus hal-ehwal luar negeri di Queen Elizabeth College, University Oxford, England dan kursus Tatacara Pentadbiran Tanah di Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur selama 2 minggu (Disember 1982).
- Sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Baginda amat mengambil berat akan hal ehwal rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur. Di dalam siri keberangkatan Baginda ke daerah-daerah, Baginda telah menggunakan helikopter untuk cepat sampai ke tempat-tempat yang dilawati dan seterusnya dapat meninjau dengan lebih dekat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Hasrat utama Baginda ialah untuk memastikan segala aspek pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat ke tahap yang maksimum.
TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG
Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Baginda juga tidak ketinggalan dalam menasihati
rakyat supaya sentiasa mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan untuk faedah dunia dan
akhirat. Baginda sentiasa menggalakkan supaya masjid yang telah dibina oleh Kerajaan digunakan dengan sepenuhnya oleh
rakyat jelata.
Seperkara lagi yang juga sangat Baginda tekankan ialah supaya rakyat di negeri ini sentiasa hidup di dalam suasana harmoni
dan bersatu padu.
Baginda menerajui Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang selaku Yang Dipertua di bawah kepimpinan Baginda
serta naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, maka majlis telah berjaya bersama-sama dengan kerajaan
negeri menyumbang kepada perkembangan ekonomi, kebajikan umat Islam, serta mengembangkan syiar Islam di negeri ini.
Kedua-duanya iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota
Pahang sangat memberi perhatian terhadap kebajikan pentadbiran umat Islam di negeri ini.
SUKAN
Baginda amat meminati bidang sukan. Ketika di England, Baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang di dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club dan berjaya memenangi perlawanan tersebut. Seterusnya Baginda mengambil bahagian di dalam pertandingan di Singapura, Manila dan Brunei.
Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri yang dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam. Bidang sukan lain seperti Go-Kart dan penerbangan Ultralight. Baginda terpilih menjadi Yang Dipertua bagi beberapa pertubuhan seperti Pasukan Equestarian Malaysia, Kelab Tenis Diraja Pahang, Kelab Golf Diraja Pahang, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mempengerusikan Liga Semi-Pro anjuran FAM.
PERLANTIKAN TENGKU MAHKOTA·
Pada 1 Julai 1975, Baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.
Pada usia Baginda baru sahaja menjangkau 20 tahun, Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 . Baginda yang telah dididik dan dilatih dengan ilmu pengetahuan dan kepimpinan, Baginda telah dapat menyempurnakan tanggungjawab yang berat dengan sempurna. Baginda menjadi Pemangku Raja Pahang untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh ayahanda Baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII.
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat jelata dengan mengadakan lawatan ke serata pelusuk negeri, bukan sahaja secara rasmi tetapi apabila rakyat jelata ditimpa musibah dan bencana alam.
NAMA ISTERI:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku
Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
DK., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK,. DK.(Brunei).
Tarikh Lahir : 05/08/1960
Tarikh Perkahwinan : 06/03/1986
BAGINDA DIKURNIAKAN 3 ORANG PUTERA DAN 5 ORANG PUTERI DISAMPING MENGAMBIL SEORANG PUTERA ANGKAT

Putera angkat sebelum dikurniakan anakanda kandung:
I. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
Putera dan Puteri Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang:
II. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
III. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
IV. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang,
Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DK., SSAP., SIMP.
V. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
VI. Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
VII. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
VIII. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
IX. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
JAWATAN DISANDANG
Canselor, Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Canselor, Universiti Pahang Malaysia (UMP).
Canselor, DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia.
Bola Sepak
President Pahang Football Association (1984-
Deputy President of Football Association of Malaysia (FAM) (- 2014).
President of Football Association of Malaysia (FAM) (2013- 2017).
Council Member of ASEAN Football Federation (AFF) (- current).
Vice President of Asian Football Confederation (- 2015).
Member of FIFA Executive Committee (FIFA) (2015- current).
Hoki
President of Malaysian Hockey Confederation (MHC) (2008 – 2015).
President Asian Hockey Federation (2014 – current).
Member of Executive Board of International Federation of Hockey (2012 – current).
Polo
President of Royal Malaysian Polo Association (RMPA) (- current).
President of Royal Pahang Polo Club (RPPC) (- current).
Tenis
President of Royal Pahang Tennis Club (RPTC).
Skuasy
President of Pahang Squash Club (PSC).
Golf
President of Royal Pahang Golf Club (RPGC).
PENCAPAIAN
Chairman of the Organising Committee of the 1997 FIFA World Youth Championship Malaysia·
Member of the Organising Committee of 2003 FIFA Confederations Cup, Paris·
Chairman of the Organising Committee of 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia·
Chairman of Organising Committee of 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur.
Chairman of 2015 AFC Asian Cup Australia.
ALAMAT PEJABAT
PEJABAT KDYMM SULTAN PAHANG
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-4221601, Faks: 09-4223202
Sumber: http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=29
http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=29

