
Ramadhan kian melabuh tirainya dan umat islam bakal menyambut raya, suasana meriah dimalam raya dengan bunyi mercun dan disulami takbir bergema yang mengegarkan jiwa. Tahun ini cara sambutan raya sangat berbeza kerana dilarang pulang ke kampung, dimestikan pakai penutup hidung, hand sanitizer dan menjaga jarak sosial demi keselamatan bersama. Sambutan Hari Raya Aidilfiri dibenarkan secara sederhana pada hari raya pertama di rumah masing-masing sahaja dengan menangguhkan sambutan berbentuk tradisi kerana bagi mengelakkan wabak COVID-19 merebak berleluasa. Justeru itu, Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB telah disediakan sebagai panduan umum oleh kerajaan kepada umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing dengan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam dan marilah kita bersama-sama mematuhinya demi kebaikan bersama. Warna-warni Aidilfitri tetap meriah di pagi Syawal meskipun cara berbeza walau langkah tidak bertemu, tangan tidak berjabat, ucapan tidak terdengar, mata tidak bertentang dan mohon maaf segala kesilapan kerana ada tikanya mata silap memandang telinga salah mendengar lidah terlanjur berkata-kata dan hati tersalah menduga. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah Dan Yang buruk itu datangnya daripada diri kita sendiri.
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Seluruh warga PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
“Raikan Syawal tahun ini dengan gembira walaupun berbeza dari sebelumnya”

