Talkshow@Library bertajuk “Bicara Dari Bilik Mayat” telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka sempena Program Galakan Membaca: Read@Uni pada 23 Oktober 2019 bermula jam 11.00 pagi bertempat di Ruang Santai, Perpustakaan Laman Hikmah.
Taklimat program telah disampaikan oleh Pakar Perubatan Forensik merangkap Ketua Jabatan iaitu Dr Haryanti Sara Azmeen Mohd Razali. Talkshow ini berkongsi maklumat mengenai pengurusan jenazah, bedah siasat dan pengurusan mayat serta mendedahkan realiti sebenar di sebalik pekerjaan dalam bidang ini .
Secara menyeluruh, penganjuran program ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan. Antara objektif tersebut iaitu :
- Menjalin hubungan kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan agensi kerajaan yang lain untuk menyediakan maklumat yang reliable serta meningkatkan hubungan yang erat antara komuniti.
- Memperluas rangkaian antara Perpustakaan Laman Hikmah dengan agensi kerajaan yang lain dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.
- Mempromosi perkhidmatan Perpustakaan Laman Hikmah kepada warga universiti, agensi kerajaan dan masyarakat luar.
Program ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan penyertaan seramai 143 orang meliputi pelajar, staf UTeM, pelajar Kolej Yayasan Saad (KYS) dan juga orang awam.


