Produk Scam

Perhatian Rakyat Malaysia!

Hati-hati dengan pembelian produk.

Tak semua produk menjanjikan kebaikan untuk diri kita.

Sampai bila anda nak lihat dan dengar iklan produk scammer di radio/media?

Sampai bila kita hendak biarkan produk scammer berleluasa di Pasaran?

Jika anda terpedaya juga, ianya boleh membahayakan kesihatan anda.

✅ Kulit semakin teruk
✅ Buah pinggang rosak
✅ Kencing manis/darah tinggi tak terkawal
✅ Duit habis, kesan kesihatan tiada, stress meningkat.
✅ Wabak penyakit meningkat

Mari kita pupuskan produk-produk scammer dan bahaya ini dengan tidak membeli dan sokong produk scammer.

Jaga Kesihatan dengan mematuhi tatacara Pengambilan Produk yang dibenarkan.

“Tak hendsome tak apa, Janji bijak” ❤️

 

Sumber: Public Health Malaysia

Posted in July 2020 | Leave a comment

LAMAN MEMORI KORPORAT: ‘AINI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE NEURAL-NETWORK IDENTITY) CIPTAAN KEBANGGAAN KUTKM’

Laman Memori Korporat: Menelusuri Kecemerlangan dan Kegemilangan UTeM yang bertajuk ‘AINI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE NEURAL-NETWORK IDENTITY) CIPTAAN KEBANGGAAN KUTKM’ 

Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi penulisan artikel yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM

Posted in July 2020 | Leave a comment

INFO KESIHATAN – PLANTAR FASCIITIS

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur? Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.

Jika ya, anda mungkin ada plantar fasciitis.
Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.
Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri/berjalan lama, berumur >40 tahun dan mereka yang memakai high heels.
Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.
Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan. Kami kongsikan beberapa langkah yang perlu dilakukan.

 

Regangan betis

Bersandar ke depan dinding dengan lutut lurus dan tumit di tanah. Letakkan kaki yang lain di hadapan, dengan lutut dibengkokkan. Untuk meregangkan otot betis dan tali tumit, tolak pinggul ke arah dinding secara terkawal. Pegang kedudukan selama 10 saat dan berehat. Ulangi latihan ini 20 kali untuk setiap kaki. Tarik kuat pada betis mesti dirasakan semasa peregangan.

 

Regangan fascia Plantar

Regangan ini dilakukan pada kedudukan duduk. Salurkan kaki anda yang terkena ke lutut kaki anda yang lain. Pegang jari kaki anda yang sakit dan perlahan-lahan tarik ke arah anda secara terkawal. Sekiranya sukar untuk mencapai kaki anda, bungkus tuala di sekitar jari kaki anda untuk membantu menarik jari kaki ke arah anda. Letakkan tangan anda yang lain di sepanjang plantar fascia. Fasia harus terasa seperti tali yang ketat di bahagian bawah kaki anda ketika diregangkan. Tahan regangan selama 10 saat. Ulangi 20 kali untuk setiap kaki. Latihan ini paling baik dilakukan pada waktu pagi sebelum berdiri atau berjalan.

Kasut dan ortotik yang menyokong

Kasut dengan tapak kaki tebal dan bantalan tambahan dapat mengurangkan rasa sakit ketika berdiri dan berjalan. Semasa anda melangkah dan tumit anda menghentam tanah, sejumlah besar ketegangan ditempatkan di fascia, yang menyebabkan mikrotrauma (air mata kecil di tisu). Kasut atau sisipan yang empuk mengurangkan ketegangan ini dan mikrotrauma yang berlaku pada setiap langkah. Tumit tumit silikon lembut tidak mahal dan berfungsi dengan mengangkat dan menutup tumit anda. Ortotik pra-dibuat atau khusus (sisipan kasut) juga bermanfaat.

Namun jika ianya masih tidak berjaya, adalah baik jika ianya dirawat secepat mungkin oleh doktor di klinik orthopedik.

 

 

Sumber: https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/plantar-fasciitis-and-bone-spurs

Posted in July 2020 | Leave a comment

LAMAN MEMORI KORPORAT: GRADUAN PERTAMA KUTKM

1 Gambar 1000 Makna bagi Laman Memori Korporat yang bertajuk ‘Graduan Pertama KUTKM 

Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi gambar-gambar yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM.

Posted in July 2020 | Leave a comment

INFO TENAGA : TIPS JIMAT ELEKTRIK

Suruhanjaya Tenaga (ST) ialah badan yang bertanggungjawab mereka label ini. Label ini bertujuan untuk menggalakkan industri untuk mencipta barangan eletrik yang menjimatkan tenaga. Selain itu, pengguna juga dapat mengenal pasti barangan manakah yang lebih cekap tenaga.
Pilih peralatan elektrik yang mempunyai lebih daripada 3 bintang rating serta logo merah seperti di dalam gambar:
Label ini boleh didapati pada barangan eletrik seperti peti sejuk, penghawa dingin, televisyen dan kipas angin.

Pengiraan kecekapan tenaga ditentukan melalui kaedah ujian yang dijalankan oleh pihak SIRIM. Kaedah tersebut diiktiraf

dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Jika pengujian tersebut lulus, ST akan memberi pengiktirafan label

kecekapan tenaga berdasarkan taraf 1 hingga 5 bintang.

 

Sumber:

Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Posted in July 2020 | Leave a comment

RADIUSCIO@UTeM Edisi 3 BIl.2/2019

https://online.fliphtml5.com/emskn/obcx/

Radius CIO@UTeM.

Corporate Author: Penerbit UTeM Press, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Compiler)
Format: Book
Published: Durian Tunggal, Melaka Penerbit UTeM Press, Universiti Teknikal Malaysia Melaka 2017.
Subjects:
Tags:  Add Tag

No Tags, Be the first to tag this record!
Call Number: LB2342 .P46
Institution: Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Online Public Access Catalog: UTeM Library
Posted in July 2020 | Leave a comment

LAMAN MEMORI KORPORAT: PENGISYTIHARAN PERLANTIKAN CANSELOR DAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA KUTKM

Laman Memori Korporat: Menelusuri Kecemerlangan dan Kegemilangan UTeM yang bertajuk ‘PENGISYTIHARAN PELANTIKAN CANSELOR DAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA KUTKM‘.

Himpunan koleksi artikel Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi penulisan artikel yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM

Posted in July 2020 | Leave a comment

FREE ACCESS: GALE EBOOK FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY

FREE ACCESS: GALE EBOOK FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perpustakaan Laman Hikmah merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

Pihak Gale (A Cengage Company) akan mengaktifkan akses PERCUMA bagi koleksi buku elektronik berkaitan subjek Sains dan Teknologi. Pengguna Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) boleh mengakses pangkalan data ini dengan mengakses DI SINI atau di portal PLH. Tempoh akses adalah sehingga 31 Julai 2020.

Semoga pengaksesan percuma yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna PLH.

Posted in July 2020 | Leave a comment

Tahniah & Syabas Di Atas Pencapaian Cemerlang Di SCOPUS Dan WoS

Pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) & Perpustakaan Laman Hikmah mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer(FKEKK) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM) di atas pencapaian Cemerlang menjadi Penyumbang Terbesar penerbitan di SCOPUS dan WoS pada Tahun 2019.
Syabas dan Tahniah..!
Posted in June 2020 | Leave a comment

BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE UTeM

UTeM telah melaksanakan pembelajaran secara online sepenuhnya sejurus bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak Covid-19. Dalam tempoh tersebut, pelajar yang pulang bercuti boleh mengikuti kelas secara online dari rumah atau lokasi masing-masing. Oleh itu pelajar akan menduduki Peperiksaan Semester Akhir bagi Semester II Sesi 2019/2020 yang akan dilaksanakan mulai 6 Julai 2020 hingga 19 Julai 2020 secara dalam talian.

Bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan ini satu Buku Panduan Peperiksaan Secara Dalam Talian telah disediakan untuk semua pelajar. Buku ini disediakan sebagai panduan kepada pelajar UTeM berkaitan dengan hal ehwal peperiksaan yang perlu diketahui bermula dari sebelum peperiksaan , semasa peperiksaan dan selepas peperiksaan bagi memudahkan pelajar. Buku panduan ini diharap dapat membantu para pelajar UTeM dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran dan seterusnya menjadi mahasiswa yang mempu bertindak secara profesional dan efektif.

Selamat menduduki peperiksaan dari kami Perpustakaan Laman Hikmah.

 

Posted in June 2020 | Leave a comment