Selamat Tahun Baru Islam 1442 Maal Hijrah

 

Salam Ma’al Hijrah 1442 Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam khususnya warga UTeM. Kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW meninggalkan banyak pengajaran kepada kita sebagai umatnya. Antaranya ialah kisah penyatuan ummah antara kaum Muhajirin dan Ansar. Melalui peristiwa ini, marilah kita bersama-sama mencontohi akhlak yang telah ditonjolkan oleh Baginda Rasulullah SAW serta kaum Muhajirin dan Ansar, yang sanggup berkorban demi kesejahteraan ummah dan syiar Islam. Kita mengambil iktibar disebalik peristiwa tersebut, marilah kita menggunakan kesempatan ini dengan memasang azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat di tahun baru Hijrah ini, maka kejayaan yang lebih tinggi dan impian yang mahu direalisasikan ianya mampu dizahirkan dengan sempurna.

Dalam pada itu, kita sebagai Umat Islam perlu menghayati Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Yakni bahawa, Islam menghendaki kita berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Sambutan Maal Hijrah juga peluang untuk kita muhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri.

Dikesempatan ini, kami warga Perpustakaan Laman Hikmah ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah tahun baru Islam 1442H kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tahun Hijrah yang datang hari ini membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding sebelum ini serta semoga pada tahun ini kehidupan kita sentiasa dibawah keredhaanNya.

 

Salam Ma’al Hijrah 1442H.

This entry was posted in August 2020. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *