Rukun Negara

Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970 adalah bersandarkan kepada keperluan menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia.
Rukun Negara yang disifatkan sebagai ideologi kebangsaan boleh mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama.
Tahun baharu memberi resolusi baharu, harapan baharu dan aspirasi baharu, namun jelas setiap orang mempunyai resolusi yang berbeza. 
Ayuh sama-sama sematkan perkara yang tersirat di sebalik Rukun Negara agar perpaduan yang kita kecapi hari ini kekal selamanya.

Rukun Negara

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

Bahagian Pertama

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian Kedua

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-

• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

 

Sumber: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my

This entry was posted in July 2020. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *