Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bukan sekadar tempat mencari bahan bacaan. PLH turut menyediakan pelbagai sokongan penyelidikan melalui Bahagian Penyelidikan dan Maklumat untuk membantu warga UTeM mendapatkan maklumat yang diperlukan sepanjang proses penyelidikan.
Nak lebih mahir dalam penyelidikan?
Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran anda melalui Research Support Programme (RSP) yang menyediakan pelbagai program berkaitan tools dan sumber penyelidikan untuk membantu anda menjalankan penyelidikan dengan lebih berkesan.
RESEARCH SUPPORT PROGRAMME (RSP)


Ingin meningkatkan kemahiran penyelidikan dan menggunakan tools yang dapat membantu perjalanan penyelidikan anda?
Research Support Programme (RSP) menawarkan kelas bimbingan yang dijadualkan secara berkala sepanjang tahun untuk membantu warga UTeM membina kemahiran dan pengetahuan berkaitan penyelidikan.
Terdapat tiga (3) modul utama:
- Open Access
Meneroka konsep dan sumber Open Access serta cara mendapatkan bahan ilmiah secara terbuka.
- Mendeley
Mempelajari penggunaan Mendeley untuk mengurus rujukan dan menyokong proses penulisan akademik.
- Research Support for GRA/RA/SRA
Program yang memberi pendedahan berkaitan sokongan penyelidikan khususnya kepada Graduate Research Assistant (GRA), Research Assistant (RA) dan Student Research Assistant (SRA).
Tak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan?
Peserta boleh memilih tarikh baharu daripada jadual RSP yang tersedia.
Minimum 5 peserta diperlukan bagi permohonan sesi baharu. Sekiranya jumlah peserta kurang daripada 5 orang, peserta akan dijemput untuk menghadiri sesi RSP yang telah dijadualkan.

Manfaatkan perkhidmatan sokongan penyelidikan yang disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah.
Cari maklumat. Tingkatkan kemahiran. Sokong penyelidikan anda bersama PLH.

