Pada 12 Januari 2024 (Jumaat), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Kelab Library and Information Science Student Assembly (LISSA) di bawah Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seramai 15 orang pelajar dan dua orang pensyarah yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan aspek perancangan, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.
Pelajar dan pensyarah di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.
PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.












