Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Tahun 2024

Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Tahun 2024 telah dijalankan di Perpustakaan Laman Hikmah oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.. Lawatan audit ini bertujuan untuk menilai dan memastikan perpustakaan terus mematuhi piawaian MS ISO 9001:2015, yang menekankan sistem pengurusan kualiti yang efisien dan berkesan.

Audit pensijilan semula ini penting bagi mengekalkan status pensijilan ISO dan menunjukkan komitmen Perpustakaan Laman Hikmah terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan serta kepuasan pelanggan. Semoga audit ini berjalan lancar dan menyumbang kepada usaha perpustakaan untuk terus mencapai standard kecemerlangan.

Auditor yang bertanggungjawab untuk menjalankan audit ini ialah Puan Nur Hana Roshida binti Hairudin. Beliau akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas setiap bahagian yang terlibat dalam audit ini untuk memastikan semua prosedur dan proses di Perpustakaan Laman Hikmah memenuhi keperluan sistem pengurusan kualiti yang ditetapkan oleh standard ISO.

Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Tahun 2024
This entry was posted in September 2024. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *