Pada 30 Ogos 2024, bersamaan dengan 30 Safar 1446H, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah berjaya menganjurkan program QuranHour@PLH bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-67. Program ini berlangsung di Bilik Tayangan, Perpustakaan Laman Hikmah serta disiarkan secara langsung di FB Live PLH dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Bacaan surah Al-Jumu’ah dipimpin oleh Imam Ahmad Tarmizi bin Abdul Hadi, dan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.
Pihak PLH mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut serta memeriahkan program ini. Semoga inisiatif seperti ini terus mendapat sambutan dalam usaha menyatukan warga universiti melalui bacaan al-Quran dan meningkatkan kesedaran spiritual dalam kalangan komuniti kampus.









