Pada setiap tahun tanggal 7 April kita akan menyambut Hari Kesihatan Sedunia. Ia mempunyai tema yang berbeza pada setiap tahun dan ianya bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai isu utama kesihatan semasa. Pada tahun 2020 tema untuk Hari Kesihatan Sedunia adalah: Menyokong jururawat dan bidan. Hari istimewa ini bertujuan untuk meraikan kerja jururawat dan bidan dan mengingatkan kepada semua tentang peranan kritikal yang mereka mainkan untuk menjaga kesihatan masyarakat dunia. Jururawat dan pekerja kesihatan lain yang berada di barisan hadapan bagi menangani COVID-19 memberikan rawatan yang berkualiti tinggi, pengorbanan dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas, dialog komuniti terkemuka untuk menangani kebimbangan dan persoalan, mengumpul data untuk kajian klinikal. Sudah cukup untuk kita ketahui tanpa jururawat semuanya akan menjadi sukar.
Dalam Tahun Antarabangsa Jururawat dan Bidan ini, Hari Kesihatan Sedunia akan menyerlahkan status kejururawatan semasa dan di seluruh dunia. Ini untuk memastikan bahawa setiap orang atau di mana-mana sahaja akan mendapat penjagaan kesihatan yang mereka perlukan.

Melalui program ini, mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat ialah kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara serta semua anggota mempunyai peranan dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Justeru itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘frontliners’ termasuk jururawat dan petugas perubatan kerana menzahirkan keyakinan dengan penglibatan petugas daripada semua peringkat, rakyat percaya mereka melakukan yang terbaik demi memastikan keselamatan semua pihak kerana kesihatan awam adalah menjadi keutamaan.
SELAMAT HARI KESIHATAN SEDUNIA

