Mesyuarat Agung Kelab Staf Perpustakaan (LISTAC) telah diadakan di Bilik Tayangan Aras 3, Perpustakaan Laman Hikmah, Kampus Induk pada 29 Februari 2024.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ahmad Tarmizi bin Abdul Hadi.
Seterusnya, sesi mesyuarat diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi LISTAC, Encik Muhammed Rashid Bin Mat Derus.
Antara agenda mesyuarat agung yang dibincangkan termasuklah pembentangan laporan aktiviti, laporan kewangan serta usul-usul yang dicadangkan. Sesi pengundian dan pelantikan AJK baharu bagi sesi 2024-2026 telah dilaksanakan secara atas talian. Tahniah diucapkan kepada AJK baharu sesi 2024-2026. Turut dimuatkan dalam majlis tersebut adalah tayangan montaj aktiviti kelab 2021-2023.
Bersempena mesyuarat ini juga, turut diadakan sesi cabutan bertuah iaitu sebanyak 55 hadiah telah disediakan oleh pihak urusetia. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh AJK dan ahli-ahli kelab atas kejayaan, kelancaran dan sambutan penganjuran majlis ini.
#menjajaruniversitimelonjakkehadapan







