Kepada seluruh warga anggota Polis DiRaja Malaysia, Perpustakaan Laman Hikmah ingin menzahirkan ucapan penghargaan dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke 213 tahun. Kami sebagai rakyat Malaysia yang sangat menyanjungi tugas-tugas murni pihak polis dalam memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara agar berterusan demi untuk keselesaan seluruh rakyat Malaysia.

Kami juga ingin merakamkanĀ jutaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berbangga kerana sedia mencurah bakti dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin semasa negara sedang dilanda wabak COVID-19. Pengorbanan pasukan keselamatan negara dapat dilihat terutamanya dalam situasi ini, PDRM telah memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat dilaksanakan dengan baik serta lancar dan berkesan. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat mereka demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia. Tahniah pada semua warga PDRM, semoga bakti dan pengorban mendapat keredhaan Allah SWT.
Selamat Menyambut Hari Polis ke-213 dan mudah-mudahan semua akan berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera.
“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

