Pada musim pandemik ini penggunaan aplikasi digital menjadi norma baharu untuk masyarakat dalam menghadapi cabaran Covid-19. Seiring dengan norma baru pihak Perpustakaan Laman Hikmah telah menganjurkan sebuah program Bedah Buku “Kaya Jiwa” berbentuk webinar yang telah dianjurkan pada 14 Julai 2021 jam 10.30 pagi yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai Pu Riz. Program ini dijadikan sebagai satu wadah perkongsian alternatif secara maya untuk para peminat dunia buku. Alhamdulillah program Bedah Buku “Kaya Jiwa” mendapat sambutan yang baik dan secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif penganjuran. Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi dengan penyertaan seramai 104 orang melalui webinar dan 42 orang melalui live Facebook yang meliputi pelajar, staf UTeM, dan juga orang awam. Berikut merupakan gambar-gambar semasa program berlangsung.







