Pada 21 November 2024 (Khamis), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka dari Indonesia. Seramai 55 orang pelajar dan 10 orang pensyarah yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PLH serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di universiti.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar dan pensyarah diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.
Pelajar dan pensyarah di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.
PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.







