Tingkatkan Kemahiran Penulisan: Kursus Artikel Majalah “Penulisan Menarik, Editor Tertarik” Anjuran Perpustakaan Laman Hikmah Bekerjasama Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka Tarik Minat Peserta Seluruh Malaysia

25 September 2024

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat julung kalinya telah menganjurkan kursus dalam talian bertajuk “Penulisan Artikel Majalah: Penulisan Menarik, Editor Tertarik” pada 25 September 2024. Kursus ini diadakan melalui platform Microsoft Teams, bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Dengan penyertaan seramai 70 peserta dari pelbagai agensi di seluruh Malaysia, acara ini mencerminkan komitmen pelbagai institusi dalam meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan peserta.

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Norfaranieza binti Muhd Ariffin, editor Majalah Kosmik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau telah berkongsi pelbagai tip dan ilmu penulisan, termasuk panduan ‘do and don’t’, serta kesilapan umum yang sering dilakukan oleh penulis yang boleh dielakkan.

Objektif utama kursus ini antaranya memberikan pendedahan mendalam mengenai teknik penulisan artikel majalah yang menarik perhatian editor dan penerbit. Peserta daripada pelbagai institusi berpeluang mempelajari strategi penulisan terkini untuk menghasilkan karya berkualiti dan relevan. Peserta juga diberi panduan penulisan artikel separa ilmiah, termasuk cara menyusun idea dengan jelas dan menyampaikan maklumat berkesan kepada pembaca. Selain kemahiran praktikal, kursus ini menyediakan peluang jaringan berharga, memperkukuh budaya penulisan demi pertumbuhan ilmu dan penyebaran maklumat berkualiti. Diharapkan, hasil penulisan peserta dapat memperkaya penerbitan majalah dan menyumbang kepada perkembangan bidang penulisan di Malaysia.

This entry was posted in Oktober 2024. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *