Pada 20 Mei 2024 (Isnin), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Universitas Muhammadiyah Riau (UMRI). Seramai 40 orang peserta delegasi yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada peserta delegasi berkaitan perkhidmatan yang disediakan, aspek perancangan, reka bentuk perpustakaan dan pusat maklumat.
Program lawatan delegasi dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pengunjung diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.
Peserta delegasi di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.
PLH berharap lawatan delegasi ini dapat memberi inspirasi untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.






