
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M. Pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020 di Masjid Negara semalam.
Duta Mesir ke Malaysia, Syeikh Prof. Dr. Ahmad Tayyib pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. Prof Dr Ahmad Tayyib dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar pada tahun 2010 hingga sekarang. Beliau tidak dapat hadir berikutan penutupan sempadan negara akibat COVID-19.
Pemilihan kedua-dua tokoh itu berdasarkan sumbangan mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional dan global.
Di dalam pentadbiran Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah menyelamatkan satu negara dalam memerangi Covid-19. Penampilan beliau tenang, jelas dan meyakinkan bagi menyalurkan maklumat mengenai pandemik tersebut.
Menerusi penganugerahan itu, tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia.
Tema sambutan kali ini ialah ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ iaitu menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan.
Tahniah diucapkan kepada tokoh-tokoh Maal Hijrah tahun ini.

