Masyarakat Melayu terkenal dengan gaya kesopanan dan kelembutan dalam berbicara untuk mengayakan dan menjaga bahasa. Ia juga menitikberatkan kesantunan bahasa, tidak suka melepaskan niat yang sebenarnya dan perasaan tidak puas hati secara terang-terangan. Dalam kebudayaan Melayu, percakapan secara tidak langsung untuk menyampaikan maksud yang sebenarnya memang digunakan dalam berkomunikasi. Salah satu cara komunikasi dengan percakapan tidak langsung iaitu menggunakan peribahasa.
Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat dan ia merupakan pernyataan emosi melalui ungkapan tersurat, untuk menggambarkan emosi, kecewa atau pernyataan yang tidak kesampaian untuk menyatakan sesuatu. Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat. Peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran yang digunakan oleh nenek moyang secara kiasan yang diwarisi generasi demi generasi sejak zaman berzaman.
Mari kita kenali peribahasa:
![]() |
Ramai dalam kalangan kita yang cenderung meluahkan apa sahaja yang difikirkan terutamanya apabila marah. Sebenarnya ketika itu anda sedang berperang dengan diri sendiri, iaitu menundukkan nafsu amarah dengan sifat sabar. |
|
Sekiranya inginkan kemewahan mestilah sedia berusaha. |
![]() |
![]() |
Setiap pekerjaan atau usaha hendaklah dilakukan hingga selesai. |
|
Akan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. |
![]() |
![]() |
Jaga lisan, jaga hati. Jangan sampai menyakiti hati orang lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. |
|
Perbezaan pendapat dan pandangan itu perkara biasa yang wajar diraikan. Yang penting, perbezaan itu boleh menyatukan untuk mencapai tujuan. |
![]() |
![]() |
Tidak kira apapun yang berlaku, setiap apa yang diamanahkan tetap dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. |
|
Bersyukurlah kita atas segala rezeki-Nya. Jangan boros dan berbelanjalah secara berhemat. Kepada keluarga Mak Cik Kiah, gunakan rezeki yang diperoleh dengan sebaik-baiknya. Ingat, langit tidak selalunya cerah. |
![]() |
![]() |
Hulurkan sumbangan kepada yang memerlukan. Sumbangan anda mampu mengukirkan sejuta senyuman untuk hari-hari yang lebih membahagiakan. |
|
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan diturut hawa nafsu. Bersederhana itu lebih baik. |
![]() |
Sumber dari: Dewan Bahasa dan Pustaka











