Hari Puisi Sedunia diperingati setiap tanggal 21 MAC yang merupakan karya sastera indah yang memiliki banyak penggemar. Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) secara rasmi mengisytiharkan tarikh 21 MAC setiap tahun sebagai sambutan Hari Puisi Sedunia, World Poetry Day sejak tahun 1999.
Sambutan Hari Puisi Sedunia adalah usaha mengangkat puisi sebagai salah satu medium bagi meningkatkan lagi daya pemikiran dan tamadun rakyat. Ianya juga menggalakkan anak-anak muda menghargai nilai karya-karya dengan kata-kata dan gaya bahasa indah yang terdapat dalam puisi supaya is dihayati.
Antara tokoh-tokoh sastera terkemuka seperti Usman Awang dan A. Samad Said yang terkenal dengan penulisannya bukan asing dalam dunia kesusasteraan tempatan. Nama-nama ini adalah tokoh yang tersohor bagai bintang yang gemerlapan sepanjang zaman. Ikon patriotic yang menerusi karya seni menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia serta wajar dikenang dan dimartabatkan.
SELAMAT HARI PUISI SEDUNIA 21 MAC 2020!!!


