Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Talkshow@Library : ‘The Unsung Hero’ pada 11 Mac 2020 bermula jam 11.00 pagi bertempat di Ruang 24 Jam, Perpustakaan Laman Hikmah.
Program kali ini menampilkan tetamu jemputan Kolonel Hj. Mohd Sakri Hj. Hussin, Ketua Penolong Pengarah Kanan NADMA yang berkongsi maklumat tentang peranan NADMA dalam mengurus bencana di Malaysia.
Kolonel Hj. Mohd Sakri Hj. Hussin juga turut berkongsi beberapa tayangan slaid mengenai pengalaman beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai pegawai NADMA. Beliau juga berkongsi pengalaman bagaimana beliau dan rakan-rakan terlibat dalam menjayakan misi mendapatkan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 27 Julai 2014 yang mengorbankan 298 penumpang. Turut hadir ialah En. Mohd Isa Mohd Dom, Ketua Pegawai Maklumat, UTeM dan Encik Azman Hj. Ayup, Timbalan Pustakawan Kanan, UTeM.
Program ini berakhir dengan jayanya pada jam 1.10 petang dengan penyertaan seramai 221 orang peserta meliputi 82 staf UTeM, 26 Pelajar UTeM, 1 staf PERPUSTAM, 1 staf Kolej Komuniti Selandar, 2 staf Kolej Yayasan Saad (sekolah) dan 108 pelajar Business School Kolej Yayasan Saad.


