
Malaysia kini dicemaskan dengan penularan penyakit Novel Coronavirus (2019 n-COV) yang merupakan penyakit global yang kian aktif merebak. Justeru itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan bahan pencuci tangan (Hand Sanitizer) dan penutup mulut dan hidung (Face Mask) kepada pengguna.
Langkah ini bagi mencegah daripada penyebaran wabak COVID-19 yang sedang menular di Malaysia. Berikut adalah langkah pencegahan wabak COVID-19:-
i) Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai
ii) Pakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika kunjungi tempat tumpuan ramai
iii) Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang digunakan dan basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer
iv) Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer
v) Dapatkan rawatan awal dan maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat
Sehubungan dengan itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin menyarankan orang ramai tentang kepentingan menjaga tahap kesihatan dan mengelakkan dari mengunjungi ke tempat-tempat awam.

