Author: nurilyana

  • PHD : PERJALANAN HIJRAH DIRI

    Ketika hati kita menangis untuk hijrah menjadi baik, pasti ada nafsu yang datang menarik. Bisikan syaitan dirasakan sukar ditentang. Lalu kita pastinya terfikir. Bagaimana hendak dapatkan hati yang sangat bersih?

    Dari Allah SWT

    Sudah terlupakah kita, akan perjanjian kita dengan Allah swt di alam roh, Surah Al-A’raaf [7]:172. Sepanjang perjalanan kehidupan kita di alam dunia ini, telah banyak petunjuk dan bimbingan yang kita lalui. Namun adakah kita telah bertindak mengikut Hidayah Allah SWT itu? Seni untuk jadi baik itu ada pada setiap diri kita. Maka tanyakan kembali dalam diri. Mahu kemanakah kita di akhir perjalanan alam dunia ini? Mahu roh kita kembali kepada fitrah? Atau terus dilalaikan dengan bisikan syaitan. Hakikatnya, selagi bernama makhluk ciptaan Allah SWT, kita dan syaitan itu sendiri pasti ada kelemahannya. Syaitan sendiri hanya mampu berbisik dan tidak sesekali berdaya kepada orang yang ikhlas. Ikhlas kah hati kita mengenali Hidayah dan menyambut Taufiq dari Allah Al Hadi Yang Maha Memberi Petunjuk?

    Kerana Allah SWT

    Kenapalah kita mudah tertipu dengan bisikan syaitan? Barangkali hati kita sendiri belum cukup serius untuk hijrah kepada Allah SWT. Sayangnya kita lebih banyak menyibukkan diri untuk ke arah nafsu sahaja. Kita sendiri dapat rasakan, bilamana kita banyak sangat berharap kepada makhluk. Hati kita menjadi runsing, datanglah gundah dan banyaknya gelisah. Sedarkah kita, bilamana kita meletakkan sepenuh pengharapan kembali kepada Allah SWT. Allah SWT jua yang Maha Berkuasa mengembalikan Sakinah, Mawaddah dan RahmahNya ke dalam hati kita.

    Setiap tindakan yang kita pilih dalam kehidupan bermula dari niat kita pada hari ini. Inilah tadbir kita. Samada ianya yang menuju paradigma akhirat atau setakat duniawi sahaja. Maka terus-teruslah melatih diri kita. Untuk perbanyakkan berdoa. Untuk mengurangkan nafsu keinginan terhadap dunia. Latihlah hati untuk tidak ingin dipuji dan dikagumi manusia lain. Teruslah berlatih untuk putus berharap dari makhluk ciptaan yang sifatnya lemah. Sedarilah, selagimana diri kita masih banyak berharap kerana makhluk dan

    menjadi sebahagian golongan yang tertipu dengan dunia. Kita jadi sesak jiwa dan susah untuk mempunyai hati yang baik. Lalu, diri kita masih mudah untuk tertipu daya dengan syaitan. Allah SWT Al Alim Yang Maha Mengetahui perjuangan hati kita. Diantara memuaskan nafsu atau kembali kepada fitrah.

    Menjadi seorang Muslim bukanlah bermakna kita bebas dari melakukan dosa. Tetapi Allah Al Ghaffar Yang Maha Pengampun menyukai hambanya yang berdosa lalu sujud bertaubat (Surah Taha [20]: 82). Itulah perbezaan kita sebagai anak keturunan cucu cicit Nabi Adam a.s dan golongan yang memilih untuk tersesat dengan Iblis.

    Setidaknya mulakan hari dengan berdoa. Fahami bait-bait doa yang dilafazkan. Yakinlah setiap doa kita pasti dimakbulkan oleh Allah Al Mujib Yang Maha Mengabulkan. Kenalilah sifat Allah SWT sebagai Rabb melalui Ayat 1-4 Surah Al Fatihah [1] yang kita wajib lafazkan dalam rukun solat kita. Kemakbulan doa adalah sebahagian daripada perancangan Allah SWT.

    Kita adakalanya terlupa, Allah SWT jua yang berkuasa memberi keluasan dan kesempitan dalam hati setiap manusia. Selagi mana kita menyerahkan setiap urusan diri kita di dunia ini kepada Allah SWT. Pastinya dengan mudah Allah SWT memberikannya mengikut ketetapanNya sebagai Rabb sesuai dengan permintaan yang terbaik kepada diri kita. Segalanya menurut sunnatullah.

    Dalam menjalani kehidupan, bila merasa tertekan dan ketika kita terlupa untuk mendapatkan ketenangan dari Allah SWT. Hati kita sebenarnya memerlukan tazkirah. Saringlah berita dan cerita yang sampai di telinga kita. Maka kembalikan semula akal dan hati kita kepada Al Quran. Tilawah, bacalah tafsir dan tadabburlah dengan Al Quran sebagai rujukan dan manual panduan kehidupan. Al Quran adalah kitab yang diturunkan untuk kita mengubah minda dan menggoncang jiwa. Melalui bait-bait kalam Allah SWT, akal dan hati yang kematian seharusnya berubah kepada kehidupan. Berubah daripada kekerasan logik akal kepada kelembutan hati.

    Melihat Al Quran dengan mata, kita hanya nampak huruf jawi.

    Melihat Al Quran dengan akal, kita ketemu ilmu pengetahuan.

    Melihat Al Quran dengan hati, emosi kita ketemu kasih dan cinta.

    Dan bila kita melihat Al Quran dengan seluruh jiwa, kita melihat Allah SWT.

    Rehat sebentar dengan tadabbur alam. Lihatlah pada keluasan dan kesempurnaan setiap rencana Maha Pencipta dunia dan segala isinya. Allah SWT Maha Mengetahui segala keinginan dunia yang kita inginkan. Menurut Surah Al-Baqarah [2]: 30, Dunia dan segala isi langit dan bumi ini diciptakan Allah SWT untuk manusia sebagai Khalifah. Namun begitu, Allah SWT melalui Surah Al Asr [103] telah bersumpah demi masa yang manusia sesungguhnya akan kerugian di dunia ini. Kecuali kepada kita yang menggunakan ruang di dunia ini untuk hijrah kita. Hijrah bersama golongan yang terus menerus melakukan amal-amal soleh. Dan memakmurkan dunia dengan perkara bermanfaat serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran. Kerana hakikat kita manusia, diciptakan untuk alam akhirat yang kekal abadi.

    Esok bukan milik kita. Esok milik Allah. Bab masa depan pula adalah urusan Allah SWT. Tugas kita untuk fokus pada hari ini. Teruskan beramal soleh dan membuat kebaikan. Jauhkanlah kemaksiatan dan mohonlah taubat dan pengampunan melalui Allah Al Ghafur Yang Maha Pengampun.

    Ibrah dari kalimah ‘khalifah’ berpandukan Surah Al-Baqarah [2]: 30-37 membawa kita kepada kefahaman Ayat 5 di Surah Al Fatihah [1]. Bilamana kita dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini, diri kita berperanan untuk sentiasa cakna dengan orang di belakang kita. Untuk kita terus berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, kepada insan yang masih belum mengenal hakikat diri, meyakini sifat Allah SWT, mengenal hakikat dunia yang sementara dan percaya hakikat hijrah diri kita untuk kembali ke kampung abadi Akhirat yang sangat pasti.

    Kepada Allah SWT

    Berpandukan Surah Al Imran [3]: 195, marilah kita bersama-sama berhijrah kepada Allah SWT. Bersama memperbaiki silaturrahim sesama insan kerana Allah SWT. Meneruskan legasi Rasulullah SAW yang menjadikan fokus kehidupan semata kerana Allah SWT untuk beri manfaat kepada seramai-ramai ummah. Memaksikan misi akhir kita di dunia untuk beroleh Husnul Khotimah. Pulang kita ke rahmat Allah SWT dalam hati yang sangat

    bersih dan penuh barokah. Di hari di saat bila mana diri kita dalam versi roh yang paling terbaik di sisi Allah SWT, (Surah Al Fajr [89]: 27-30

  • 9 Disiplin Solat

    Talking about high impact journal, how we assess or measure our high impact solat?

    Bagaimana disiplin solat membantu untuk mencapai banyak disiplin dalam menjalani kehidupan di luar solat

    1. Solat awal waktu: Disiplin waktu
    2. Berwuduk sempurna: Disiplin Kebebasan
    3. Niat Solat: Disiplin Fokus
    4. Takbiratul Ihram: Disiplin Membesarkan Allah swt
    5. Al-Fatihah: Tadabbur berdialog dengan Allah swt
    6. Rukuk: Tawaduk/Humble
    7. I’tidal: Disiplin Tenang
    8. Sujud: Disiplin Taat
    9. Beri salam kiri dan kanan: Sejahtera kepada orang sekeliling
    10. Selesai Solat, Istigfar: Muhasabah diri
  • Why Learning?

    QS103: 2-3
    Surely humanity is in ˹grave˺ loss; Except those who have faith, do good, and urge each other to the truth, and urge each other to perseverance.