Skip to main content

🧹 Bersihkan FYP Anda: Panduan Elak Kandungan Palsu, Murahan dan Tidak Berkualiti di Media Sosial

“Apa yang anda lihat setiap hari akan membentuk cara anda berfikir, berasa, dan bertindak. Jadi pastikan ‘For You Page’ anda menyokong versi terbaik diri anda.”

Mengapa Anda Perlu Bersihkan FYP Anda?

FYP atau “For You Page” bukan sekadar hiburan tetapi ia adalah cerminan kepada algoritma yang “menganalisis corak interaksi anda” daripada apa yang anda tonton, suka, komen atau kongsi. Jika anda tidak berhati-hati, anda akan mudah terdedah kepada kandungan:

  • Tidak sahih

  • Berniat jahat

  • Clickbait atau emosional murahan

  • Dibuat semata-mata untuk engagement tanpa nilai


✅ Checklist: Jenis Kandungan yang Perlu Dielakkan

1. Kandungan Jenis Sampah

  • Clickbait, rage bait, atau spam AI.

  • Kandungan cetak rompak atau ulangan semula.


2. Sumber Asal Tidak Sahih

  • Akaun tanpa identiti jelas, troll, atau akaun tanpa sejarah posting konsisten.


3. Niat & Naratif Tersembunyi

  • Kandungan yang manipulatif secara emosi, berat sebelah politik, atau terlalu sensasi.


4. Tajuk Mengelirukan

  • Periksa jika isi kandungan sama dengan tajuk.

  • Elakkan tajuk seperti “Anda takkan percaya ini!” atau “TERBONGKAR!!!”


5. Kandungan AI atau Murahan

  • Kandungan AI penuh dengan suara robot & video stok generik tanpa jiwa.


6. Komen Aneh atau Echo Chamber

  • Jika ruangan komen dipenuhi bot, atau semua komen sehala tanpa hujah.


🔒 Cara Bersihkan FYP Anda di Media Sosial Popular

🌟 TikTok

  • Tekan lama video → Pilih “Not Interested”

  • Report jika palsu → Menu “Share” → Report

  • Tekan nama akaun → Mute/Block

🌟 Facebook

  • Klik tiga titik di kanan atas post → Pilih “Hide post” atau “Snooze”

  • Unfollow Pages atau Groups yang sering kongsi maklumat meragukan

  • Gunakan “Why am I seeing this post?” untuk latih algoritma

🌟 YouTube

  • Klik tiga titik sebelah video → Pilih “Not Interested”

  • Clear history atau pause watch history jika disyaki telah ‘rosakkan’ algoritma

  • Unsubscribe channel berunsur mencarut

🌟 Instagram

  • Tekan tiga titik pada post → “Not Interested”

  • Mute Story atau Post dari akaun tertentu

  • Gunakan “Suggested For You” untuk control lebih banyak cadangan


🌱 Sokong Kandungan Berkualiti

✔️ Cari pencipta kandungan yang:

  • Beretika, berfakta, & menyatakan sumber

  • Nyatakan bila mereka guna AI

  • Kongsi maklumat yang mendidik atau memperkasa


✍️ Penutup

Menjaga kualiti FYP anda adalah sama penting seperti menjaga diet, “You are what you consume”-(Bagaimana acuan, begitulah kuihnya). Jadi, marilah kita menjadi pengguna media sosial yang lebih bijak dan aktif dalam membentuk pengalaman digital yang sihat dan berkualiti.