{"id":728,"date":"2020-06-30T22:36:32","date_gmt":"2020-06-30T22:36:32","guid":{"rendered":"http:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/?p=728"},"modified":"2020-06-30T22:36:32","modified_gmt":"2020-06-30T22:36:32","slug":"asingkan-sisa-pepejal-anda-dengan-3-langkah-mudah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/2020\/06\/30\/asingkan-sisa-pepejal-anda-dengan-3-langkah-mudah\/","title":{"rendered":"ASINGKAN SISA PEPEJAL ANDA DENGAN 3 LANGKAH MUDAH"},"content":{"rendered":"<p>KESEDARAN dan kerjasama masyarakat terhadap pengurusan dan pengasingan sisa pepejal domestik yang bermula di kediaman masing-masing adalah antara langkah penting dalam melestarikan persekitaran serta menjaga keharmonian sejagat.<\/p>\n<p>Kewujudan perkhidmatan yang menguruskan sisa pepejal domestik bukanlah alasan untuk orang ramai mengabaikan ilmu pengasingan sampah, sebaliknya perlu bersama-sama melaksanakan tanggungjawab berkenaan.<\/p>\n<p>Pengasingan sisa pepejal adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan dari kediaman mengikut komposisi sisa pepejal.<\/p>\n<section id=\"block-hm-googledfp-mobile-mrec-300x250\" class=\"block block-hm-googledfp clearfix\">\n<div class=\"block-content\">Antara jenis komposisi sisa pepejal termasuk:<\/div>\n<\/section>\n<p><b>1. Kertas<\/b><\/p>\n<p>Surat khabar, majalah, buku, kertas komputer, kertas berwarna, kotak kertas, kalendar dan sebagainya.<\/p>\n<p><b>2. Plastik<\/b><\/p>\n<p>Botol minuman ringan, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun basuh dan mandian, baldi dan sebagainya.<\/p>\n<p><b>3. Bahan kitar semula<\/b><\/p>\n<p>Kaca, seramik, tin aluminium, logam, barang elektrik (bateri, telefon bimbit), bahan fabrik, getah, sisa berbahaya (bekas penyembur ubat nyamuk, racun, pelarut)<\/p>\n<p><b>4. Sisa baki<\/b><\/p>\n<p>Sisa makanan, lampin pakai buang dan sisa kotor lain.<\/p>\n<p><b>5. Sisa pukal<\/b><\/p>\n<p>Peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari dan perabot lain.<\/p>\n<p>Komposisi sisa pepejal yang diasing hendaklah dimasukkan\u00a0ke dalam bekas atau plastik sampah bersesuaian, sebelum ia diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan bagi satu-satu kawasan kediaman.<\/p>\n<p>Bagi sisa pukal pula, ia perlulah diletakkan secara kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan bagi sisa pepejal ini dilakukan sekali seminggu oleh syarikat konsesi dilantik.<\/p>\n<p>Manakala, sisa baki pula perlu dimasukkan ke dalam plastik sampah, seterusnya dimasukkan ke dalam tong sampah sebelum kutipan dilakukan dengan kekerapan dua kali seminggu.<\/p>\n<p>Dari segi sosial, pengabaian pelaksanaan pengasingan sisa pepejal domestik meninggalkan impak negatif bukan sahaja pencemaran alam dan udara, bahkan ia menarik kehadiran vektor pembawa penyakit.<\/p>\n<p>Lebih membimbangkan, pengurusan sampah secara tidak efektif ini boleh menyebabkan satu-satu lokasi di kawasan kediaman menjadi tempat pembiakan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes (denggi), tikus (leptospirosis, salmonella) dan lipas (salmonella, poliomielitis).<\/p>\n<p><b>Langkah mudah mengasingkan sisa pepejal<\/b><\/p>\n<p>1. Asing mengikut jenis<\/p>\n<p>2. Simpan sementara dalam bekas sesuai<\/p>\n<p>3. Letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-729\" src=\"http:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/06\/sisa-pepejal.jpg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"904\" srcset=\"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/06\/sisa-pepejal.jpg 1280w, https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/06\/sisa-pepejal-300x212.jpg 300w, https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/06\/sisa-pepejal-1024x723.jpg 1024w, https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/06\/sisa-pepejal-768x542.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<p><b>Objektif pengasingan sisa pepejal di rumah<\/b><\/p>\n<p>1. Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.<\/p>\n<p>2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.<\/p>\n<p>3. Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.<\/p>\n<p>4. Menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa.<\/p>\n<p>Sudah tiba masanya rakyat mengubah cara hidup dengan mengamalkan kitar semula dan pengasingan sisa di punca jika tidak mahu Malaysia terus dipenuhi sampah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KESEDARAN dan kerjasama masyarakat terhadap pengurusan dan pengasingan sisa pepejal domestik yang bermula di kediaman masing-masing adalah antara langkah penting dalam melestarikan persekitaran serta menjaga keharmonian sejagat. Kewujudan perkhidmatan yang menguruskan sisa pepejal domestik bukanlah alasan untuk orang ramai mengabaikan &hellip; <a href=\"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/2020\/06\/30\/asingkan-sisa-pepejal-anda-dengan-3-langkah-mudah\/\">Continue reading <span class=\"meta-nav\">&rarr;<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":138,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-728","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-jun-2020"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/728","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/users\/138"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=728"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/728\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=728"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=728"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=728"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}