{"id":341,"date":"2020-04-02T01:30:36","date_gmt":"2020-04-02T01:30:36","guid":{"rendered":"http:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/?p=341"},"modified":"2020-04-06T18:19:23","modified_gmt":"2020-04-06T18:19:23","slug":"hari-kesedaran-autisme-sedunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/2020\/04\/02\/hari-kesedaran-autisme-sedunia\/","title":{"rendered":"HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-342\" src=\"http:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/04\/World-Autism-Awareness-Day.jpg\" alt=\"\" width=\"846\" height=\"529\" srcset=\"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/04\/World-Autism-Awareness-Day.jpg 846w, https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/04\/World-Autism-Awareness-Day-300x188.jpg 300w, https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-content\/uploads\/sites\/136\/2020\/04\/World-Autism-Awareness-Day-768x480.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 846px) 100vw, 846px\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Hari Kesedaran Autism Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang autism. Individu dan organisasi di seluruh dunia meraikan Bulan Kesedaran Autism dengan pelbagai acara untuk mendidik masyarakat tempatan serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang autism. Hampir 50 tahun telah berlalu sejak <em>Autism Society<\/em> mengadakan bulan Kesedaran Autism Kebangsaan pertama pada bulan April 1970.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Autism atau <em>Autism Spectrum Disorder (ASD)<\/em> merupakan gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seorang kanak-kanak di dalam interaksi sosial, tingkah laku dan cara berkomunikasi. Kajian mendapati 1 daripada 160 kanak-kanak sedunia menghidapi sindrom autism. Tidak ada punca tunggal yang diketahui untuk gangguan spektrum autism, tetapi secara amnya diterima bahawa ia disebabkan oleh keabnormalan struktur otak atau fungsi. Imbasan otak menunjukkan perbezaan dalam bentuk dan struktur otak pada kanak-kanak dengan autism berbanding dengan kanak-kanak neurotipikal. Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil \u201c <em>Pervasive Developmental Disorders<\/em>.\u201c dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah \u2018<em>Asperger\u2019s Syndrome<\/em>\u2019 di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu tentang autism sempena Hari Autism Sedunia hari ini;<\/strong><\/p>\n<p><strong>1.\u00a0\u00a0 <\/strong><strong>Tidak menunjukkan respon<\/strong><\/p>\n<p>Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.<\/p>\n<p><strong>2. Perkembangan bahasa berbeza\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Perkembangan bahasa kanak-kanak autism adalah berbeza bagi setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi. Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.<\/p>\n<p><strong>3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Kanak-kanak autism kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.<\/p>\n<p><strong>4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Ramai kanak-kanak yang menghidap autism lambat dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga. Biasanya, penghidap autism boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan pakar.<strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>5. Bantuan dan rundingan\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti\u00a0Kementerian Kesihatan Malaysia\u00a0.<\/p>\n<p><strong>6. Tips untuk berkomunikasi\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk melakukan aktiviti secara berulang. Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autism berdasarkan rutin yang dijadualkan.<\/p>\n<p><strong>7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat <\/strong><\/p>\n<p>Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).<\/p>\n<p><strong>Komplikasi<\/strong><\/p>\n<p>Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.<\/p>\n<ul>\n<li>Peringkat awal kanak-kanak \u2013 Hiperaktif, panas baran<\/li>\n<li>Peringkat akhir kanak-kanak \u2013 suka menyerang, mencederakan diri sendiri<\/li>\n<li>Peringkat remaja dan dewasa \u2013 kemurungan dan epilepsi<\/li>\n<\/ul>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>Rawatan<\/strong><\/p>\n<p>Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :<\/p>\n<ul>\n<li>Membaiki kemahiran sosial<\/li>\n<li>Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka<\/li>\n<li>Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal<\/li>\n<li>Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.<\/li>\n<\/ul>\n<p>Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:<\/p>\n<ul>\n<li>Kelakuan ganas<\/li>\n<li>Hiperaktif<\/li>\n<li>Kebimbangan yang mungkin timbul<\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Rehabilitasi<\/strong><\/p>\n<p>Beberapa pencegahan termasuk :<\/p>\n<ul>\n<li>Terapi pertuturan dan bahasa<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Cara pulih kerja ( <em>occupational therapy<\/em> )<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : <em>eye contact<\/em>, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.<\/li>\n<li>Berbagai rangsangan pancaindera \/ deria<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Pencegahan tingkah laku ( <em>behaviour intervention<\/em> )<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Pendidikan khas<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti <em>National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )<\/em><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Pendaftaran Kurang upaya ( <em>Disability registration<\/em> )<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.<\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Hari Kesedaran Autism Sedunia ini diraikan dengan memberi perhatian kepada pesakit autism serta pendedahan kepada orang ramai mengenai rintangan yang mereka menghadapi setiap hari di samping mengiktiraf kebolehan dan kemampuan mereka.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 8pt\">Sumber: <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 8pt\">http:\/\/www.myhealth.gov.my\/autism\/<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 8pt\">http:\/\/www.astroawani.com\/gaya-hidup\/hari-kesedaran-autisme-sedunia-10-perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-autisme-171881<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; Hari Kesedaran Autism Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang autism. Individu dan organisasi di seluruh dunia meraikan Bulan Kesedaran Autism dengan pelbagai acara untuk mendidik masyarakat tempatan serta meningkatkan kesedaran orang ramai &hellip; <a href=\"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/2020\/04\/02\/hari-kesedaran-autisme-sedunia\/\">Continue reading <span class=\"meta-nav\">&rarr;<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":138,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-341","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-april-2020"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/341","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/users\/138"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=341"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/341\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=341"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=341"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/blog.utem.edu.my\/library\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=341"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}