Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah menganjurkan Research Workshop bertajuk Insider’s Guide: Brainstorm with Expert. Bengkel ini diadakan bagi membantu penyelidik, ahli akademik dan pelajar pasca siswazah dalam menghasilkan penyelidikan penulisan artikel dan tesis.

Penyelidikan bukan saja mampu meningkatkan martabat sistem pendidikan sesebuah universiti, malah turut menjadi aset penting kepada negara. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah antara universiti yang giat melahirkan ahli akademik dan penyelidik bertaraf penyelidikan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Hasil penyelidikan yang baik bukan saja dapat melahirkan bakat baru penyelidik, tetapi juga menghasilkan penyelidikan dalam bentuk penerbitan. UTeM masih mensasarkan kualiti dan kuantiti dalam penerbitan berimpak dalam mencapai matlamat universiti memperkasakan penyelidikan dan inovasi
Research Workshop: Insider’s Guide: Brainstorm with Experts telah diadakan secara dalam talian melalui Webex pada 3 Disember 2020. Seramai 37 peserta yang terdiri daripada akademik, penyelidik serta pelajar pasca siswazah dari dalam dan luar UTeM telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini adalah anjuran Unit Bantuan Penyelidikan, Seksyen Rujukan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah.
Bengkel ini terbahagi kepada 2 sesi:
Sesi 1: Writing a Review Article: A Step-to-Step Approach oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Asyadi ‘Azam bin Mohd Abid. Sesi ini berfokus kepada cara penulisan review article yang efektif merangkumi topic of interest, sequence of writing, permission, table, outlooks, references and title.
Sesi 2: Doing Literature Review: Tips to Constructing a Quality Thesis oleh Profesor Dr. Zahriladha Bin Zakaria. Berfokus kepada tujuan penulisan literature review (LR) serta cara menulis LR dengan baik dan sistematik.
Dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan, pihak PLH akan mengadakan Bengkel Penyelidikan secara berterusan setiap tahun dan diharapkan perkongsian ini memberi semangat yang sangat positif daripada semua peserta.

