Lawatan Penanda Aras Dari Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kedah Ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH)

Pada 24 Januari 2024 (Rabu), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM telah menerima kunjungan dari Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kedah. Seramai 18 orang pelajar dan lima orang pensyarah yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini kepada para pelajar berkaitan perkhidmatan yang disediakan, aspek perancangan, reka bentuk perpustakaan dan pusat maklumat.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan dari Unit Rujukan. Pelajar diberi penerangan mengenai latar belakang, koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan.

Pelajar dan pensyarah di bawa melawat setiap aras di bangunan perpustakaan dan diperkenalkan setiap ruang, kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Mereka juga diberi peluang melihat koleksi-koleksi yang ada di rak pada setiap aras yang dikunjungi selain dapat mencuba menggunakan kemudahan seperti self-check machine, OPAC, bookdrop machine dan lain-lain lagi.

PLH berharap lawatan sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pilihan dalam usaha mencari ilmu dan kecemerlangan akademik.

This entry was posted in January 2024. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *