Suasana Gotong-royong Persediaan Memasak, Majlis Iftar Ihya’ Ramadan di di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.
Pada 13 April 2023 / 22 Ramadan 1444H daripada gabungan PTj PLH, CIO dan PPPK telah bersama-sama berganding bahu menyiapkan juadah berbuka puasa dengan cara memasak dan makan iftar bertalam serta memasak bubur lambuk. Terdapat pembahagian empat kumpulan untuk melancarkan aktiviti gotong royong ini.
Majlis Iftar Ihya’ Ramadan ini diadakan pada setiap tahun pada bulan Ramadan dengan membuat penyediaan makanan secara bergilir-gilir pada setiap hari mengikut jadual giliran di setiap PTj. Juadah yang disediakan ini akan dijamu kepada para pelajar dan kakitangan UTeM yang hadir ke Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM.
Jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama padu yang diberikan kepada semua staf kerana menyahut cabaran menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan majlis iftar harian ini. Semoga dengan anjuran majlis di bulan yang mulia ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Semangat kebersamaan seperti ini yang kita perlu teruskan untuk membentuk sebuah keluarga PLH harmoni , bekerjasama dan bersatu hati. Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti gotong royong mengikut kumpulan bermula dari penyediaan bahan memasak, aktivti memasak, menghidang sehingga mengemas dan mencuci peralatan.
“Menjajar Universiti Melonja ke Hadapan”

















