TAHNIAH Kumpulan PLH Variant telah berjaya menerima PENARAFAN EMAS

Kumpulan PLH Variant telah berjaya menerima PENARAFAN EMAS dalam penyertaan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Malaysia 2022 Road To Beijing Siri 2 : ICQCC 2023 yang telah berlangsung pada 20 – 21 Mac 2023 bertempat di Hotel Swiss-Garden Bukit Bintang, Kuala Lumpur anjuran QKM Consults Sdn Bhd.

Syabas diucapkan kepada kumpulan PLH Variant yang telah memberikan komitmen yang padu dan berusaha dalam menempah kejayaan serta mengharumkan nama Perpustakaan Laman Hikmah (PLH). Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Talkshow@PLH & Bicara Amalan Hidup Sihat bertajuk “Menangani Kos Sara Hidup : Kesan dan Solusi”

Alhamdulillah selesai sudah program Talkshow@PLH & Bicara Amalan Hidup Sihat bertajuk “Menangani Kos Sara Hidup : Kesan dan Solusi” anjuran bersama Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dan Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar.

Program ini telah berlangsung di Ruang Santai, Aras 2, PLH bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari yang disampaikan oleh Puan Wan Nor Azmiza Mhd Nor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Encik Aimee Kamar Othman, Eksekutif Kanan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sesi talkshow ini bertujuan untuk berkongsi informasi dan mengupas isu-isu semasa selain merupakan salah satu langkah berterusan dalam memberi maklumat kepada warga kampus melalui pelbagai medium.

Tahniah atas lantikan sebagai Ketua Pustakawan

Perpustakaan Laman Hikmah mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH DAN SYABAS kepada Puan Siti Saluwa Jamal di atas pelantikan ke jawatan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Laman Hikmah berkuatkuasa 1 Mac 2023 sehingga 28 Februari 2026.

Pihak PLH amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan pelantikan baharu ini, puan dapat menerajui dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran puan untuk PLH khasnya dan UTeM secara amnya.

Semoga di atas kejayaan ini akan merealisasikan visi dan misi PLH demi kemajuan PLH dan Universiti.