Webinar Emerald Database & Research

Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama Emerald Publishing telah mengadakan Webinar: Emerald Database & Research pada 9 Julai 2021 (Jumaat) melalui platform GoToWebinar. Seramai 17 peserta telah menghadiri webinar tersebut secara maya yang dikendalikan oleh En. William Loh (Business Manager (East Asia), Emerald Publishing).

Webinar ini berkongsi maklumat berkaitan Emerald Publishing di Malaysia, sumber rujukan dari pangkalan data Emerald Insight, Call for Paper, penerbitan di jurnal terbitan Emerald serta tip pencarian sumber rujukan.

Setiap peserta menerima nota dari penceramah melalui Google Drive, rakaman webinar serta e-sijil kehadiran. Diharapkan webinar yang dilaksanak ini dapat memberi info yang berguna terutamanya kepada penyelidik UTeM.

Program Bedah Buku “Kaya Jiwa”

Pada musim pandemik ini penggunaan aplikasi digital menjadi norma baharu untuk masyarakat dalam menghadapi cabaran Covid-19.  Seiring dengan norma baru pihak Perpustakaan Laman Hikmah telah menganjurkan sebuah program Bedah Buku “Kaya Jiwa” berbentuk webinar yang telah dianjurkan pada 14 Julai 2021 jam 10.30 pagi yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai Pu Riz. Program ini dijadikan sebagai satu wadah perkongsian alternatif secara maya untuk para peminat dunia buku. Alhamdulillah program Bedah Buku “Kaya Jiwa” mendapat sambutan yang baik dan secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif penganjuran. Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi dengan penyertaan seramai 104 orang melalui webinar dan 42 orang melalui live Facebook yang meliputi pelajar, staf UTeM, dan juga orang awam. Berikut merupakan gambar-gambar semasa program berlangsung.

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG PLH 2020

Tahniah diucapkan kepada empat orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bagi tahun 2020 iaitu En. Mohd Razif bin Dzulkipli, Pn. Nurul Akmar binti Mehat, Pn. Ezra Anish binti Mustapa dan Pn. Nor Aini binti Md.Jali di atas pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2020. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pendorong kepada staf perpustakaan yang lain untuk terus cemerlang dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan pada masa akan datang.