Untuk menilai tahap klinikal kes positif COVID-19, CAC ditubuhkan di setiap daerah bagi menentukan status pesakit sebelum dimasukkan ke hospital atau MAEPS Serdang.
Sekiranya anda telah disahkan positif COVID-19 dan masih menunggu panggilan dari Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan seterusnya, anda boleh terus ke CAC untuk menjalani kuarantin di sana. Sebagai rakyat yang prihatin, inisiatif ini dapat meringankan dan memudahkan kerja warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani kes positif COVID-19 di negara ini.
Mari kita bersama-sama kongsi pengetahuan ini kepada semua di luar sana agar mereka dapat meringankan beban Pejabat Kesihatan Daerah serta mengambil langkah pantas untuk membendung Virus ini.


