INFO SISA : TONG KITAR SEMULA

Jom Kitar Semula !!

Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri.  Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna Biru, Coklat dan Jingga.

Tong Berwarna Biru      – Untuk Sisa Kertas

Tong Berwarna Coklat  – Untuk Sisa Kaca

Tong Berwarna Jingga  – Untuk Sisa Tin Aluminium & Plastik

Sumber:

Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA),

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pameran Seni Kraftangan Tradisi Sejagat

Seni Kraf merupakan satu hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran tangan mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraftangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat di Malaysia kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh mereka melalui batik, tenunan, ukiran, anyaman, gasing dan lain-lain. Di Malaysia, seni kraf mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia.

Berikut adalah pameran yang sedang berlangsung di Perpustakaan Laman Hikmah mengenai Pameran Seni Kraftangan Tradisi Sejagat. Jika ingin melihat hasil kraftangan yang sangat unit dari pelbagai sumber alam semulajadi seperti rotan, kayu, logam, seramik dan lain-lain, marilah datang ke Perpustakaan Laman Hikmah Kampus Induk bagi melihat dengan lebih dekat keindahan seni kraftangan.

INFO KESIHATAN – KESALAHAN MEMAKAI PELITUP MUKA

Pemakaian penutup muka dengan cara yang salah adalah umpama anda tidak memakainya langsung. 

1. Pakai penutup muka yang longgar ❌
2. Kerap sentuh bahagian depan penutup muka ❌
3. Kerap pasang dan tanggalkan penutup muka pada ketika anda perlu memakainya sepanjang masa ❌
4. Penutup muka tidak ditarik sampai ke paras dagu ❌
5. Penutup muka berada di bawah paras hidung ❌
6. Penutup muka hanya menutup hujung hidung ❌

1. Apabila ingin membasuh tangan, pastikan basuh dengan air dan sabun. ✔️
2. Jaga jarak fizikal dengan orang lain. ✔️

Amalan ini cukup mudah, tapi janganlah ambil mudah.

Sumber:

Unit Pesakit luar 
Pusat Kesihatan Universiti 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka