Ibadat Korban

1- Apa dia ibadat korban (udhhiyyah)?
Binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala pada Hari
Raya haji dan tiga hari Tasyri‘.

 

2-Berapakah umur binatang yang sah dijadikan korban?
Secara ringkasnya disenaraikan binatang korban dan umurnya seperti berikut:
Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kerbau 2 tahun, kambing 2 tahun dan biri-biri setahun atau telah gugur
gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

 

3-Apa hukum ibadat korban?
Sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut).

 

4-Apa fadhilat melaksanakan ibadat korban?

  • Penebus dosa kecuali dosa besar.
  • Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
  • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.
  • Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
  • Penyembuh penyakit: Rohani, fizikal, mental dan sosial.

5-Siapakah yang dikatakan orang yang mampu melakukan ibadat korban?
Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya
dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘.

6-Apa hukum orang mampu tetapi tidak mahu melaksanakan ibadat korban?
Makruh (tidak berdosa tetapi tidak disukai oleh Allah Ta‘ala).

7-Bolehkah seekor binatang dikongsi oleh 2 atau lebih mudhahhi (orang yang berkorban)?

  • Kambing untuk seorang sahaja.
  • Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.

8-Bolehkah melakukan ibadat korban di negeri lain?
Boleh.

9-Apa hukum memindah daging korban ke negeri lain?
Haram jika daging yang dipindah:

  • korban wajib
  • bahagian fakir miskin.

Boleh jika daging:

  • bahagian orang kaya
  • bahagian mudhahhi

10-Bagaimana cara pembahagian daging korban sunat?
Harus dibahagikan kepada 3 bahagian:
1/3 fakir miskin,
1/3 Orang kaya dan
1/3 mudhahhi .

Tetapi yang afdhal disedekahkan kesemuanya dan memakannya sedikit sahaja (hati).

 

11-Adakah wajib disedekah daging korban sunat kepada fakir miskin?
Wajib disedekahkan sebahagiannya.

12-Bagaimana keadaan daging itu disedekah dan dihadiahkan?
Dalam keadaan mentah.

13-Bagaimana cara pembahagian daging korban wajib?
Wajib disedekahkan kesemuanya

14-Apakah perkara yang diharuskan bagi penerima yang bukan fakir miskin
terhadap daging korban?

  • Memakannya
  • Menyedekahkannya dalam keadaan mentah kepada fakir miskin yang Islam
  • Menjamu orang Islam (kaya atau fakir miskin)

15-Apakah perkara yang dilarang bagi penerima yang bukan fakir miskin
terhadap daging korban?

  • Menjualnya samada mentah atau masak
  • Menghadiahkannya kepada orang kaya
  • Menjamu orang kafir

16-Apa hukum melaksanakan ibadat korban bagi orang lain?

  • walau bagaimanapun wali (bapa dan datuk sahaja) boleh melakukan korban daripada hartanya
    untuk orang yang di bawah tanggungannya seperti anak dan isterinya tanpa izin mereka
  • Tidak boleh bagi orang masih hidup kecuali dengan izinnya
  • Tidak boleh bagi orang yang meninggal dunia kecuali ada wasiat

17-Adakah wajib berniat korban?
wajib.

18-Bilakah waktu berniat korban?

  • ketika menyembelih.
  • Harus juga sebelum menyembelih asalkan setelah ditentukan binatang korbannya
    dan setelah masuk waktu berkorban.

19-Bagaimana lafaz niat ibadat korban?
“Sahaja aku melakukan korban sunat/ wajib/ nazar”


20-Adakah boleh berwakil kepada wakil kedua untuk melaksanakan ibadat korban
dan bagaimana cara berwakil?

  • Boleh,
  • Mudhahhi berkata kepada wakilnya: “Saya berwakil kepada tuan untuk menguruskan
    pembelian dan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar saya”.

21-Adakah boleh wakil berwakil lagi kepada wakil kedua dan bagaimana caranya?

  • Boleh,
  • Wakil mudahhi berlafaz kepada wakil kedua: “Saya diwakilkan oleh…….untuk mewakilkan
    tuan menguruskan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar nya”.

22-Adakah boleh binatang yang ada aib dijadikan korban?

Binatang
Korban
Tidak sah bagi aib seperti berikut: Sah bagi aib seperti berikut:
Unta

Lembu

Kerbau

Kambing

Kibasy

  • Tiada bertelinga atau yang terpotong telinganya walaupun sedikit
  • Terpotong ekornya atau lidahnya
  • Binatang yang kurus yang menjadi kurang dagingnya
  • Berkudis walaupun sedikit kerana binasa dagingnya
  •  Buta sebelah matanya dan butanya itu nyata
  • Buta kedua belah matanya
  • Sangat tempang
  • Sedang bunting
  • Tidak bertanduk
  • Patah tanduknya
  • Terbelah telinganya
  • Berlubang telinganya tetapi tidak hilang dagingnya
  • Tidak berekor sejak dilahirkan
  • Tanggal sebahagian daripada giginya.
  • Tidak mempunyai zakar
  • Binatang yang dikebiri

 

Sumber: http://www.mufti.gov.bn/SiteCollectionDocuments/FAQs/FAQ(PDF%20PG1).pdf

JANGAN POTONG RAMBUT DAN KUKU

JANGAN POTONG RAMBUT DAN KUKU!

 

Bagi mereka yang berniat untuk melakukan ‘ibādah korban, Rasūlullāh ṣallallāhhu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

 

Maksudnya: Barang siapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulḥijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. [Ḥadīs direkodkan oleh Imām Muslim, Ṣaḥīḥ Muslim, Jilid: 03, No. Ḥadīs: 1977, Halaman: 1566].

 

Tambahan pula, Nabī Muḥammad ṣallallāhhu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ وَعِنْدَهُ أُضْحِيَّةٌ يُرِيدُ أَنْ يُضَحِّيَ ، فَلَا يَأْخُذَنَّ شَعْرًا وَلَا يَقْلِمَنَّ ظُفُرًا

 

Makṣūdnya: Apabila masuk 10 hari awal Zulḥijjah, dan seseorang berniat untuk melakukan ibadah korban, maka janganlah dia memotong rambutnya dan kukunya. [Ḥadīs direkodkan oleh Imām Muslim, Ṣaḥīḥ Muslim, Jilid: 03, No. Ḥadīs: 1977, Halaman: 1565].

Melihat kepada pendapat-pendapat yang ada di dalam permasalahan ini,  dinyatakan di sini bahawa bagi mereka yang ingin melakukan ‘ibādah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ‘ibādah korban tersebut. Ini seperti mana pendapat al-Imām al-Syāfi’ī raḥimahullāh beserta aṣḥābnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’i.

 

[Rujū’:https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1061-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-11-anjuran-untuk-tidak-memotong-kuku-dan-rambut-bagi-yang-ingin-melakukan-ibadah-korban-apabila-tibanya-1-zulhijjah].

 

Antara ḥikmahnya sepertimana yang telah disebutkan oleh al-Imām al-Nawawī raḥimahullāh: Larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

 

Ikutilah sunnah Baginda ṣallallāhhu ‘alaihi wasallam mudah-mudahan Allāh terima semua amalan kita sebagai amalan yang sempurna.

 

1 Zulḥijjah di Malaysia untuk tahun ini bermula petang ini waktu Maghrib, Selasa, 21 Julai 2020. Bagi yang ingin melakukan’ibādah korban, tahanlah diri daripada memotong kuku atau rambut mulai Maghrib hari Selasa ini sehingga selesai ‘ibādah korban tersebut. Mudah-mudahan Allāh terima segala amal kebaikan yang kita kerjakan.

Wallahhu a’lam.

Sumber: Pusat Islam, Universiti Teknikal Malaysia Melaka

SISA MAKANAN PUNCA PEMANASAN GLOBAL

Tahukah anda pembaziran sisa makanan berupaya memburukkan lagi situasi pemanasan global dunia dan fenomena perubahan iklim yang dihadapi dunia sekarang.

Bagaimana ??

Proses berkenaan berlaku apabila lambakan sisa makanan isi rumah, yang anda lihat sedikit dan tidak memberi apa-apa kesan atau perubahan memenuhi tapak pelupusan sampah selain, gagal diuraikan dalam tempoh tertentu.

Keadaan itu menyebabkan permintaan terhadap tempat pelupusan sampah semakin meningkat, memerlukan kawasan lebih luas dan membabitkan banyak lokasi sekitar bandar selain, meningkatkan kos melupuskan sisa makanan serta sisa pepejal.

Situasi berkenaan mengancam alam sekitar, menyebabkan pencemaran, meningkatkan suhu dunia, mitigasi perubahan iklim dan merosakkan jadual cuaca seperti hujan serta ribut di seluruh dunia.

Kesan terhadap ekosistem dunia turut terencat khususnya bagi spesies mikroorganisma atau haiwan kecil yang tidak ‘tahan’ terhadap perubahan suhu dunia.

Apabila rantaian makanan terputus, koloni atau komuniti haiwan akan mula berubah dan keluar daripada habitatnya untuk mencari makanan.

Jadi,

Setiap orang harus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kelangsungan ekosistem alam sekitar menerusi langkah mudah :

– Kawal pembaziran sisa makanan.

– Ubah cara anda membeli makanan.

 
– Elakkan barangan tidak diperlukan.
Sumber:
Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Rukun Negara

Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970 adalah bersandarkan kepada keperluan menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia.
Rukun Negara yang disifatkan sebagai ideologi kebangsaan boleh mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama.
Tahun baharu memberi resolusi baharu, harapan baharu dan aspirasi baharu, namun jelas setiap orang mempunyai resolusi yang berbeza. 
Ayuh sama-sama sematkan perkara yang tersirat di sebalik Rukun Negara agar perpaduan yang kita kecapi hari ini kekal selamanya.

Rukun Negara

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

Bahagian Pertama

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian Kedua

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-

• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

 

Sumber: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my

Pecahan Kes Baharu Jangkitan Covid-19 Malaysia

PERINCIAN KES BAHARU (15 KES)
WPKL – (1)
1 kes BWN India kontak rapat kepada kes ke-8666. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR & dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB). Kes adalah dari kluster baru iaitu; Kluster Restoran Kuala Lumpur.
SELANGOR – (4)
1 kes WN saringan pembedahan di PPUM. Kes tidak bergejala, positif RTK-Ag & dimasukkan ke HSB.
1 kes BWN Bangladesh kontak rapat kes-8739. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR & dimasukkan ke HSB. Kes adalah dari kluster baru iaitu; Kluster Rumah Kongsi Sepang.
1 kes import BWN Libya pulang dari Libya. Kes positif RTK-Ag & dimasukkan ke HSB.
1 kes import BWN Rusia balik dari India. Kes adalah kapten kapal Hydepark dan salah satu dari 5 krew kapal disaring. 4 krew lain negatif. Kes tidak bergejala, positif RTK-Ag & dimasukkan ke HSB.
JOHOR – (1)
Kes adalah penghuni pusat jagaan warga emas. Beliau bergejala demam dan batuk pada 10 Julai. Beliau disahkan meninggal dunia sebaik tiba ke wad kecemasan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada 17 Julai.
SARAWAK – (6)
1 kes BWN Indonesia kontak rapat kepada kes ke-8771. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Kes adalah dari kluster baru iaitu; Kluster Jeti Kuching.
1 kes WN saringan kontak rapat kes ke-8743. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HUS.
1 kes WN saringan sendiri. Kes bergejala batuk dan sakit tekak, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HUS.
1 kes WN saringan sebelum kembali kerja. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HUS.
2 saringan survelan di airport:
1 kes WN tidak bergejala, positif RT-PCR & telah pulang ke KL sebelum dimasukkan ke HSB
1 kes WN tidak bergejala, positif RT-PCR & dimasukkan ke HUS
SABAH – (1)
1 kes WN saringan prosedur. Kes positif RTK-Ag, tidak bergejala dan dimasukkan ke ICU dengan bantuan alat pernafasan di Hospital Queen Elizabeth 2.
PERAK – (2)
2 kes import WN balik dari UK:
Kes 8778 & 8779 ada sejarah perjalanan ke UK. Mereka jalani kuarantin di rumah sebelum jalani pensampelan ulangan hari ke-13. Kedua-dua kes tidak bergejala, positif RTK-Ab & RT-PCR dan dimasukkan ke Hspt Raja Permaisuri Bainun.
Sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR

Pernah tak kita terfikir apa yang berlaku bila seseorang dikenakan hukuman gantung?

Boleh tak kita bayangkan bagaimana keadaan banduan menjelang hari dia dihukum gantung?

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang.
Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia.
Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati.
Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’.
Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya,banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah…
Sumber: https://siraplimau.com/kisah-banduan-akhir-dihukum-gantung/

Produk Scam

Perhatian Rakyat Malaysia!

Hati-hati dengan pembelian produk.

Tak semua produk menjanjikan kebaikan untuk diri kita.

Sampai bila anda nak lihat dan dengar iklan produk scammer di radio/media?

Sampai bila kita hendak biarkan produk scammer berleluasa di Pasaran?

Jika anda terpedaya juga, ianya boleh membahayakan kesihatan anda.

✅ Kulit semakin teruk
✅ Buah pinggang rosak
✅ Kencing manis/darah tinggi tak terkawal
✅ Duit habis, kesan kesihatan tiada, stress meningkat.
✅ Wabak penyakit meningkat

Mari kita pupuskan produk-produk scammer dan bahaya ini dengan tidak membeli dan sokong produk scammer.

Jaga Kesihatan dengan mematuhi tatacara Pengambilan Produk yang dibenarkan.

“Tak hendsome tak apa, Janji bijak” ❤️

 

Sumber: Public Health Malaysia

LAMAN MEMORI KORPORAT: ‘AINI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE NEURAL-NETWORK IDENTITY) CIPTAAN KEBANGGAAN KUTKM’

Laman Memori Korporat: Menelusuri Kecemerlangan dan Kegemilangan UTeM yang bertajuk ‘AINI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE NEURAL-NETWORK IDENTITY) CIPTAAN KEBANGGAAN KUTKM’ 

Laman Memori Korporat ini merupakan koleksi penulisan artikel yang berkaitan dengan penubuhan, pengiktirafan, kejayaan serta maklumat yang bernilai sejarah dan simbolisme kepada UTeM

INFO KESIHATAN – PLANTAR FASCIITIS

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur? Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.

Jika ya, anda mungkin ada plantar fasciitis.
Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.
Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri/berjalan lama, berumur >40 tahun dan mereka yang memakai high heels.
Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.
Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan. Kami kongsikan beberapa langkah yang perlu dilakukan.

 

Regangan betis

Bersandar ke depan dinding dengan lutut lurus dan tumit di tanah. Letakkan kaki yang lain di hadapan, dengan lutut dibengkokkan. Untuk meregangkan otot betis dan tali tumit, tolak pinggul ke arah dinding secara terkawal. Pegang kedudukan selama 10 saat dan berehat. Ulangi latihan ini 20 kali untuk setiap kaki. Tarik kuat pada betis mesti dirasakan semasa peregangan.

 

Regangan fascia Plantar

Regangan ini dilakukan pada kedudukan duduk. Salurkan kaki anda yang terkena ke lutut kaki anda yang lain. Pegang jari kaki anda yang sakit dan perlahan-lahan tarik ke arah anda secara terkawal. Sekiranya sukar untuk mencapai kaki anda, bungkus tuala di sekitar jari kaki anda untuk membantu menarik jari kaki ke arah anda. Letakkan tangan anda yang lain di sepanjang plantar fascia. Fasia harus terasa seperti tali yang ketat di bahagian bawah kaki anda ketika diregangkan. Tahan regangan selama 10 saat. Ulangi 20 kali untuk setiap kaki. Latihan ini paling baik dilakukan pada waktu pagi sebelum berdiri atau berjalan.

Kasut dan ortotik yang menyokong

Kasut dengan tapak kaki tebal dan bantalan tambahan dapat mengurangkan rasa sakit ketika berdiri dan berjalan. Semasa anda melangkah dan tumit anda menghentam tanah, sejumlah besar ketegangan ditempatkan di fascia, yang menyebabkan mikrotrauma (air mata kecil di tisu). Kasut atau sisipan yang empuk mengurangkan ketegangan ini dan mikrotrauma yang berlaku pada setiap langkah. Tumit tumit silikon lembut tidak mahal dan berfungsi dengan mengangkat dan menutup tumit anda. Ortotik pra-dibuat atau khusus (sisipan kasut) juga bermanfaat.

Namun jika ianya masih tidak berjaya, adalah baik jika ianya dirawat secepat mungkin oleh doktor di klinik orthopedik.

 

 

Sumber: https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/plantar-fasciitis-and-bone-spurs