SELAMAT HARI DOKTOR SEDUNIA

Hari Doktor Sedunia ialah hari memperingati dan menghargai jasa seorang doktor yang disambut pada 30hb Mac setiap tahun. Pada hari ini, Kerjaya doktor sedang berhadapan tugas yang cukup mencabar meskipun mudah berjangkit dengan sentuhan dengan tersebarnya wabak COVID-19. Pengorbanan seorang doktor terhadap pesakitnya memang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Kerana pengorbanan yang mulia mereka sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri diri demi untuk menyelamatkan orang lain yang mereka sendiri tidak kenal atau tidak pernah berjumpa.

Pihak Perpustakaan Laman Hikmah ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh insan yang bergelar DOKTOR. Kami sangat menghargai segala penat lelah dan sumbangan keringat yang telah diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Pengorbanan dalam menjalankan tugas yang tidak mengira masa dan rehat yang tidak menentu demi menggalas tanggungjawab yang telah di amanahkan. Pengorbanan tersebut sebenarnya amat memberi kesan yang bersar terhadap rakyat dan Negara tercinta. Teruskan buat yang terbaik untuk masyarakat, khidmat kalian sentiasa dihargai. Terima kasih atas khidmat bakti dan usaha murni yang dicurahkan. Semoga sentiasa dikurniakan berkat dan rahmat-NYA. Aamiin.
Selamat Hari Doktor Sedunia!

❤TERIMA KASIH ATAS JASA BAKTI KALIAN.
❤HARGAILAH MEREKA YANG BANYAK BERKORBAN
❤HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS SEGALANYA

Membina Imunisasi Daripada Pemakanan

Sistem imun adalah sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Ia sangat penting dalam tubuh badan manusia dan Vitamin-vitamin juga amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin yang mencukupi dalam badan dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman. Antara nutrien yang boleh menguatkan sistem imunisasi dan fungsi-fungsi vitamin yang boleh diperolehi daripada pemakanan harian ialah :-

VITAMIN ZINK

FUNGSI JENIS MAKANAN
Zink akan menguatkan fungsi sel-sel sistem imunisasi.

Zink boleh membantu sel membahagikan dan menggalakkan penyembuhan luka.

Zink melakukan banyak perkara di dalam badan. Zink menyokong fungsi sel, membantu kira-kira 100 enzim – molekul yang membuat tindak balas kimia berlaku – melaksanakan tugas mereka.

Zink memainkan peranan tambahan dalam badan, termasuk:

  • meningkatkan fungsi imun
  • membantu sel membahagi
  • mengekalkan rasa bau dan rasa
  • menggalakkan penyembuhan luka
  • Bayam
  • Cendawan
  • Tiram
  • Daging panggang
  • Bijirin sarapan pagi
  • Kacang panggang
  • Yogurt
  • susuImage result for contoh makanan yang ada vitamin zink

PROBIOTIK

FUNGSI JENIS MAKANAN
Probiotik adalah bakteria dan ragi yang baik untuk anda. Apabila ditelan, mereka akan hidup dalam usus anda dan membantu anda dengan tugas harian seperti pencernaan. Usus anda penuh dengan bakteria baik dan buruk dan mereka semua menyumbang kepada kesihatan usus anda dalam beberapa cara atau yang lain. Mempunyai probiotik akan menambah lebih banyak bakteria yang baik ke sistem anda. Apabila anda menambah bakteria yang baik, kesihatan usus anda akan mula berkembang dengan cara yang mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini.
  • Yogurt
  • Tempe
  • Kimchi

Image result for contoh makanan yang ada probiotik

VITAMIN A

FUNGSI JENIS MAKANAN
Vitamin A berfungsi dalam menjaga kesihatan tubuh, terutama organ mata. Ia juga melawan jangkitan apabila sudah dijangkiti, menjaga kesihatan kulit, dan memelihara pertumbuhan gigi serta tulang.
  • Ikan
  • Keju
  • Labu
  • Daging

Image result for contoh makanan yang ada vitamin a

VITAMIN B KOMPLEKS

FUNGSI JENIS MAKANAN
Vitamin B kompleks adalah sekumpulan vitamin yang terdiri daripada lapan jenis vitamin B iaitu:

B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (asid Pantotenik), B6 (piridoksin), B7 (biotin), B9 (folat), B12 (cobalamin)

secara keseluruhan vitamin B kompleks ini mempunyai peranan penting dalam tubuh, seperti mencegah jangkitan, meningkatkan fungsi otak, menyokong pengeluaran sel darah merah, meningkatkan tenaga, membantu proses pencernaan, dan mengekalkan jantung dan saraf yang sihat.

  •  Kacang Buncis
  • Produk Tenusu
  • Telur
  • Ayam
  • Bayam
  • Pisang

Image result for contoh makanan yang ada vitamin b kompleks

VITAMIN C

FUNGSI JENIS MAKANAN
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman. Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Vitamin C harus ambil dari pemakanan kerana badan tidak menghasilkan dan tidak menyimpan vitamin C. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C. Vitamin C boleh didapati dari apa sahaja buah dan sayur yang berwarna seperti:-

  • Buah Oren
  • Kiwi
  • Brokoli
  • Tomato
  • Buah Jambu Batu
  • Buah Betik

Image result for contoh makanan yang ada vitamin a

VITAMIN D

FUNGSI JENIS MAKANAN
Vitamin D dihasilkan oleh badan secara semulajadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin D juga boleh didapati dari makanan. Vitamin D diperlukan oleh tubuh untuk membantu proses penyerapan kalsium dan fosforus. Bukan itu sahaja, vitamin D juga berguna untuk mencegah gangguan tulang, seperti riket, osteomalacia, dan osteoporosis, serta menguatkan sistem imun. Walaupun ia dihasilkan secara semulajadi di dalam badan, masih terdapat beberapa orang yang mengalami kekurangan vitamin ini, terutama orang yang tinggal di iklim sejuk dan jarang terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin D juga akan bagi amaran pada badan bila terkena jangkitan.
  • Ikan
  • Telur
  • Susu
  • Cendawan

Image result for contoh makanan yang ada vitamin a

VITAMIN E

FUNGSI JENIS MAKANAN
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas. Fungsi vitamin E juga mempunyai peranan untuk meningkatkan sistem imun, melancarkan saluran darah, menyuburkan sel darah merah, dan mengekalkan gumpalan darah. Sesetengah kajian juga menunjukkan bahawa vitamin E juga berguna untuk mencegah penyakit jantung, hipertensi, aterosklerosis, dan juga kanser.
  • Sayuran Hijau
  • Telur
  • Kacang
  • Minyak Sayuran
  • Badam

Image result for contoh makanan yang ada vitamin a

VITAMIN K

FUNGSI JENIS MAKANAN
Vitamin K dikelaskan sebagai vitamin larut lemak. Vitamin K memainkan peranan penting dalam proses pembekuan darah, mengekalkan kesihatan tulang, dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Kekurangan vitamin K akan menyebabkan pendarahan yang sukar dihentikan, mudah lebam, penggumpalan darah di bawah kuku, dan menghilangkan najis gelap. Kekurangan vitamin K lebih sering dialami oleh bayi berbanding orang dewasa.
  • Sayuran Hijau
  • Susu
  • Kacang Soya
  • Yogurt

Image result for contoh makanan yang ada vitamin k

Selamat Menyambut Hari Polis ke-213

Kepada seluruh warga anggota Polis DiRaja Malaysia, Perpustakaan Laman Hikmah ingin menzahirkan ucapan penghargaan dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke 213 tahun. Kami sebagai rakyat Malaysia yang sangat menyanjungi tugas-tugas murni pihak polis dalam memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara agar berterusan demi untuk keselesaan seluruh rakyat Malaysia.

Kami juga ingin merakamkan  jutaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berbangga kerana sedia mencurah bakti dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin semasa negara sedang dilanda wabak COVID-19. Pengorbanan pasukan keselamatan negara dapat dilihat terutamanya dalam situasi ini, PDRM telah memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat dilaksanakan dengan baik serta lancar dan berkesan. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat mereka demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia. Tahniah pada semua warga PDRM, semoga bakti dan pengorban mendapat keredhaan Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Polis ke-213 dan mudah-mudahan semua akan berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

Salam Israk Mikraj

SALAM ISRAK MIKRAJ 1441H/2020M

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad ‎ﷺ, keluarga serta para sahabat.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ‎ﷺ dari Mekah ke Madinah.

Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad ‎ﷺ menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitulmuqaddis, Palestin. Manakala Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.

Selamat Menyambut Israk Mikraj 1441H/2020 kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam sedunia khususnya.

Semoga dengan penghayatan daripada peristiwa Israk Mikraj ini menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah. Aamiin Allahumma Aamiin.

Terima Kasih MALAYSIA

Coronavirus Disease 19 atau COVID-19 telah melanda hampir seluruh Negara di dunia dan Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi krisis penyakit ini. Covid-19 adalah sejenis virus corona yang baru dan Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari ciri-ciri serta memantau perkembangan kejadian jangkitan virus ini. Malaysia terus mengukuhkan kerjasama pelbagai hala antara negara-negara anggota asean dan juga di seluruh dunia untuk memastikan bahawa jangkitan-jangkitan diuruskan secara kolaboratif terutama dalam pencegahan dan pengurusan jangkitan rentas sempadan. Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah kesiapsiagaan dalam menangani kluster jangkitan Covid-19 dengan membuka Bilik Gerakan Covid-19 bagi memantau situasi semasa jangkitan di Malaysia. Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai situasi terkini wabak ini.

Kerjasama padu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Media Malaysia digerakkan dalam penyebaran maklumat Covid-19 di Malaysia. Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk Antarabangsa Malaysia melalui udara, laut dan darat dengan kerjasama Syarikat Penerbangan, Perkapalan, Imigresen dan Malaysia Airport. Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan dan membuat liputan ke hospital-hospital terkini, kes-kes yang disyaki atau disahkan positif akan dirawat dan dipantau di wad isolasi hospital-hospital rujukan. Menjalankan pemantauan kontak dirumah atau tempat-tempat pengasingan yang termaktub dalam perintah pemantauan dan pengasingan. Memantapkan kapabiliti makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus. Menjalankan latihan kepada petugas kesihatan khususnya penggunaan alat pelindung diri PPE yang betul. Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan komplikasi mencukupi. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus Covid-19 ini melalui pelbagai saluran media.

Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security dan Polis Diraja Malaysia saling membantu memastikan maklumat yang sahih dan tepat disebarkan dan melaksana penguatkuasaan terhadap membanteras berita palsu di laman sosial. Kementerian Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menjayakan misi kemanusiaan untuk membawa rakyat Malaysia kembali. Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Syarikat Swasta telah bekerjasama dalam memberikan pendidikan mengenai kebersihan tangan dan pemberian hand sanitizer sebagai langkah pencegahan dalam kalangan pelajar sekolah. Kementerian Pengangkutan Malaysia juga mengambil inisiatif dalam memastikan pengangkutan awam tidak terkecuali dalam membantu Malaysia mencegah penularan jangkitan. Bagi pencegahan di tempat tumpuan ramai, Syarikat Swasta telah memainkan peranan dalam melaksana inisiatif dalam kebersihan tangan dan persekitaran demi kebersihan yang optimum.

Pada 16 Mac 2020, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bagi membendung wabak ini daripada terus merebak. Pada 22 Mac 2020 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha untuk memastikan rakyat patuh kepada perintah kerajaan.

Malaysia hari ini telah membuktikan bahawa wabak Covid-19 telah diurus dengan baik dan para petugas bertungkus lumus bekerjasama dalam membendung wabak daripada terus merebak. Banyak lagi usaha yang sedang dan akan diteruskan oleh pelbagai pihak dalam menjadikan Malaysia ke arah bebas Covid-19. TERIMA KASIH MALAYSIA.

 

                                                  “This is the time for facts, not fear.

                                                   This is the time for Science, not rumours.

                                                   This is the time for Solidarity, not stigma.”

                                                                                                             Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (WHO Director – General)                                                                                                                                                     

Selamat Hari Puisi Sedunia

Hari Puisi Sedunia diperingati setiap tanggal 21 MAC yang merupakan karya sastera indah yang memiliki banyak penggemar. Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) secara rasmi mengisytiharkan tarikh 21 MAC setiap tahun sebagai sambutan Hari Puisi Sedunia, World Poetry Day sejak tahun 1999.

Sambutan Hari Puisi Sedunia adalah usaha mengangkat puisi sebagai salah satu medium bagi meningkatkan lagi daya pemikiran dan tamadun rakyat. Ianya juga menggalakkan anak-anak muda menghargai nilai karya-karya dengan kata-kata dan gaya bahasa indah yang terdapat dalam puisi supaya is dihayati.

Antara tokoh-tokoh sastera terkemuka seperti Usman Awang dan A. Samad Said yang terkenal dengan penulisannya bukan asing dalam dunia kesusasteraan tempatan. Nama-nama ini adalah tokoh yang tersohor bagai bintang yang gemerlapan sepanjang zaman. Ikon patriotic yang menerusi karya seni menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia serta wajar dikenang dan dimartabatkan.

SELAMAT HARI PUISI SEDUNIA 21 MAC 2020!!!

SELAMATKAN MALAYSIA

Salam sejahtera….

Murid sekolah diCUTIkn 14 hari, sayangnya banyak orang yg tidak memahami.

Kenapa 14 hari dan untuk apakah 14hari tersebut

14 hari itu sangat penting dan marilah kita patuhi 14hari itu.

14 hari itu mampu menghentikan PENYEBARAN Covid-19.

14 hari itu mampu menyelamatkan ribuan orang.

MENGAPA❓

Penjelasannya demikian :

-Jika seseorang itu disyaki pembawa Covid-19, maka dia akan dikuarantin selama 14 hari, jika tiada apa yg terjadi, maka orang itu selamat & bebas dari Covid-19.

-Cuti 14hari dapat menghentikan kitaran Penularan Wabak Covid-19 drpda terus merebak JIKA KITA SEMUA MAMATUHI 14hari tersebut.

Contoh,
Seorang murid mula cuti 16mac selama 14 hari,
dia akan mula keSekolah pada hari ke-15.

Seandainya, hari ke-10 murid itu berjalan-jalan ke kawasan yg berisiko dgn Wabak Covid-19, mungkin pada hari ke 14/15 belum ada tanda-tanda dia sakit, tetapi dia sudah membawa Covid-19 di tubuhnya dan berpotensi menjangkiti andai dia masuk sekolah pada hari ke-15.

Maka 14 hari cuti sekolahnya itu, tidak ada guna jika penularan terjadi juga di sekolah, efek domino akan berlangsung, rantai penularan tidak akan terputus.

Untuk itu, semua orang harus bekerjasama, semua warga MALAYSIA harus membantu, iaitu patuh untuk tidak kemana-mana dalam tempoh 14hari itu kecuali untuk hal yang sangat perlu.

Waktu 14 hari itu,
berguna untuk saling memantau, jika ada orang yg menunjukkan gejala-gejala serangan Covid-19,
mohon segera ditangani dan penularan dihentikan daripadanya.

Jadi, mari kita mengisolasi diri, untuk diri sendiri dan orang lain, mungkin juga dalam skala besar untuk umat manusia.

Mohon bantu jelaskan kpd orang lain, supaya semua patuh dan pemerintah akan terbantu untuk stopkan penularan Covid-19.

jika tidak, CUTI 14hari itu akan SIA-SIA, malah CUTI 14tahun pun tidak akan dapat menghentikan penyebaran tersebut.

Semoga kondisi dunia akan pulih.

Manfaatkan 14 hari ini…

Kita bantu diri kita, bantu ahli keluarga, bantu pegawai perubatan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa, bantu negara, bantu dunia…

14 hari sahaja kalau semua disiplin, InshaaAllah Malaysia akan pulih kembali…

Allah suka hambaNya yg berusaha.. marilah kita usaha sama2…

SAYANGI MALAYSIAKU…

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

1. Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.

2. Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti di Lampiran A (Essential) dan di Lampiran B (Non-Essential) dibenarkan beroperasi.

3. Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

4. Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

5. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.

6. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8888 2010.

Sekian.

Sumber dari: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Membezakan Berfikir Dengan Otak Kanan dan Kiri

 

Eksperimen telah menunjukkan bahawa kedua bahagian yang berbeza dari otak menyumbang kepada perilaku pemikiran yang berlainan.

 

Otak Kiri:

  • Mengawal tubuh bahagian kiri
  • Kemahiran nombor
  • Kemahiran Matematik / Sains
  • Menganalisa
  • Objek
  • Menulis
  • Berbicara
  • Logik
  • Pertimbangan

Otak Kanan:

  • Mengawal tubuh bahagian kanan
  • Bentuk 3 dimensi
  • Muzik dan Seni
  • Kesatuan
  • Subjek
  • Imiginasi
  • Intuisi
  • Kreativiti
  • Emosi

 

 

Menurut teori ini, otak kanan bertanggungjawab secara rawak, intuitif, holistik, menyatukan dan berfikir subjektif. Sedangkan otak kiri mempunyai peranan untuk berfikir secara logik, rasional, analitik dan objektif. Kebanyakan individu mempunyai pilihan yang berbeza untuk menggunakan salah satu gaya pemikiran ini. Jadi, seseorang mungkin lebih mungkin menggunakan otak kiri, dan yang lain mungkin lebih cenderung kepada otak kanan berdasarkan cara mereka menggunakan otak kanan dan otak kiri untuk menyelesaikan masalah.

 

 

Menggunakan Otak Kanan

Orang yang lebih dominan menggunakan otak kanan cenderung menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah. Mereka lebih bergantung kepada gerak hati dan lebih cepat memahami gambaran keseluruhan keadaan. Intinya, orang yang menggunakan otak kanan banyak tidak berorientasikan detail.

 

Menggunakan Otak Kiri

Orang yang lebih dominan menggunakan otak kiri lebih suka alasan untuk segala-galanya. Mereka menggunakan logik rasional untuk mengenal pasti punca masalah, dan kemudian berfikir tentang bagaimana untuk mengatasinya. Intinya, orang yang berfikir menggunakan otak kiri adalah berorientasikan detail.

 

Pengenalan

Perbezaan antara otak kanan dan fungsi otak kiri mula-mula dibuat sebagai usaha awal untuk mengenal pasti punca masalah pertuturan. Keputusan autopsi dari pesakit dengan gangguan ucapan yang teruk menunjukkan tumor besar di sebelah kiri otak. Tumor ini menyebabkan pesakit kehilangan keupayaan untuk berfikir secara logik, walaupun dia masih mempunyai kemampuan untuk bercakap. Kajian lanjut mendedahkan korelasi yang mendalam antara bidang aktiviti otak dan jenis tugas tertentu. Kawasan penyelidikan ini agak maju, kerana pemulihan dan rawatan kecederaan otak menjadi lebih penting.

Sumber daripada : https://www.ican-education.com/berita-event/tips-tricks/membedakan_berfikir_dengan_otak_kanan_dan_kiri

Cara Hidup Sihat…

Untuk terus hidup sihat, anda perlu mengekalkan cara hidup sihat. Dalam pemakanan perlu tambah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurangkan makanan yang karbohidrat, natrium tinggi dan lemak tidak sihat. Elakkan makan makanan ringan dan gula-gula. Elakkan makan makanan yang tidak sihat kerana ianya akan menjadikan tubuh anda menginginkan lebih banyak makanan ketika anda menyambung makan.

 

Apakah gaya hidup sihat?

Berikut adalah cara tabiat yang sihat ini ditakrifkan dan diukur:

1. Diet yang sihat, yang telah dikira dan dinilai berdasarkan pengambilan makanan sihat yang dilaporkan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kacang-kacangan, bijirin, lemak sihat, dan asid lemak omega-3, dan makanan tidak sihat seperti daging merah dan diproses, gula-gula minuman, lemak trans dan natrium.

2. Tahap aktiviti fizikal yang sihat, yang diukur sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari yang sederhana hingga aktiviti yang kuat setiap hari.

3. Berat badan yang sihat, yang ditakrifkan sebagai indeks jisim badan biasa (BMI), iaitu antara 18.5 dan 24.9.

4. Merokok, tidak ada jumlah merokok yang sihat. “Sihat” di sini bermaksud tidak pernah merokok.

 

Adakah terdapat perbezaan dalam mengamalkan cara hidup sihat?

Tabiat cara hidup sihat akan membuat perbezaan yang sangat besar. Orang yang mengamalkan tabiat cara hidup sihat akan menikmati perbezaan yang sangat ketara, Jangka hayat yang lebih lama iaitu 14 tahun untuk wanita dan 12 tahun untuk lelaki (jika mereka mempunyai tabiat ini pada umur 50 tahun). Orang yang tidak mempunyai tabiat ini jauh lebih cenderung untuk mati secara beransur-ansur daripada penyakit kanser atau kardiovaskular.

Kajian Kesihatan dan Persaraan mendapati bahawa manusia yang berumur 50 tahun dan lebih tua yang berat badan normal dan tidak pernah merokok rata-rata hidup tujuh tahun lebih lama. Satu kajian mega 2012 dari 15 kajian antarabangsa yang termasuk lebih 500,000 peserta mendapati bahawa lebih separuh daripada kematian pramatang disebabkan oleh faktor gaya hidup yang tidak sihat seperti diet yang tidak sihat, tidak aktif, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, dan merokok.

Sumber daripada : https://www.health.harvard.edu/blog/healthy-lifestyle-5-keys-to-a-longer-life-2018070514186