SELAMAT HARI GURU

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini adalah tema hari guru pada tahun 2020 yang disambut pada setiap 16 Mei. Tema ini dipilih kerana sangat bersesuaian dengan peranan guru dalam mendidik anak bangsa dengan memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Warga pendidik juga akan meraikan dan juga diraikan oleh semua pihak pada hari istimewa ini setiap tahun dan ianya menjadi acara tahunan.

Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya penuh dengan liku dan cabaran, ia memerlukan kesabaran, kecekalan dan ketabahan dalam mendidik anak bangsa agar mereka menjadi manusia berguna. Kegigihanmu dalam mendidik anak bangsa tidak akan kami lupakan kerana pengorbananmu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit dan hanya tuhan saja bisa membalas budimu wahai guru. Orang yang hebat boleh melahirkan beberapa karya bermutu akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat. Kehebatan mu wahai guru tidak bisa digambarkan dengan kata-kata dan guru tidak hanya mengajar malahan mendidik dengan penuh kasih saying sehingga anak didikan mengenal apa erti kehidupan yang penuh nilai budi pekerti.

Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah dalam mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah di masa hadapan. Mungkin dimata kasar kelihatan seperti kecik fizikalnya akan tetapi tetap BESAR jasa dan peranannya. Kami dari Perpustakaan Laman Hikmah Universiti Teknikal Malaysia Melaka ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik dan anda sememangnya insan yang HEBAT!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *