BENGKEL “WHOLE-BRAIN SPEED READING SECRETS”

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah menganjurkan Bengkel “Whole-Brain Speed Reading Secrets” pada 21 Ogos 2019 bertempat di Bilik Jamuan, Dewan Canselor UTeM untuk menyahut inisiatif kempen membaca bagi semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 35 orang peserta daripada dalam dan luar UTeM. Antara peserta luar yang hadir adalah dari pada Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan Kolej Yayasan Saad Melaka.

Bengkel ini dianjurkan adalah untuk membantu individu yang menghadapi masalah untuk

  • membaca maklumat yang terlalu banyak,
  • perlu banyak membaca pada waktu yang terhad,
  • membaca banyak perkataan daripada idea,
  • fikiran menerawang dan kurang focus semasa membaca,
  • berulang kali membaca ayat atau perenggan untuk mendapatkan idea dan pemahaman,
  • keletihan mata dan ketegangan mental kerana terlebih membaca
  • rasa perlu untuk mempertingkatkan kemampuan untuk menyampaikan maklumat.

  • Mengatasi tabiat membaca yang kurang produktif.
  • Meningkatkan kemahiran membaca dengan cepat dan berkesan.
  • Membaca pelbagai bahan bacaan dengan lebih pantas.
  • Membina kekuatan fokus mental dan konsentrasi yang tinggi.
  • Memproses maklumat dengan lebih cepat, dengan kefahaman yang tinggi.
  • Mempraktikkan pelbagai strategi inovatif bagi membaca pelbagai bahan bacaan, secara ‘online’ atau ‘offline’.
  • Membaca dengan lebih pantas, pemahaman yang lebih tinggi, daya ingatan yang lebih kuat dan belaja rsecara sistematik dan saintifik.
  • Menggunakan pelbagai teknik psikologi terkini bagi meningkatkan keupayaan otak dan minda secara optima.
  • Membina Peta Minda Inovatif dengan mudah dan cepat.
  • Merangka Pelan Tindakan bagi meningkatkan keupayaan otak dan minda.

Pendedahan kepada kaedah ‘Speed Reading’ serta cara meningkatkan kualiti memori semasa membaca dan merangka maklumat diterangkan oleh Tuan Akbar Ali Bin Abdul Razak yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Latihan semasa bengkel diberikan dalam bentuk teori, praktikal dan senaman kecergasan bagi memudahkan kefahaman kepada peserta. Latihan yang berterusan serta disiplin adalah sangat penting bagi memahirkan kaedah “Speed Reading” ini.

Kemampuan membaca cepat akan membantu individu mencintai kegiatan membaca kerana tidak perlu masa yang panjang untuk mencari kefahaman dan idea dalam sebuah buku. Ini akan membuat individu senantiasa meningkatkan jumlah bacaan bagi mendapatkan pemahaman dan pengetahuan agar menjadi peribadi yang lebih unggul serta menyelesaikan tugas yang berhubungan dengan kegiatan membaca jauh lebih mudah.

 

Ke Portal Perpustakaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *