Perpustakaan Laman Hikmah

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) was established with the rebranding of Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) under Section 8 of the Universities and University Colleges Act 1971 (Act 30) by the Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Incorporation) Order 2007, which was gazetted as P.U. (A) 45/2007 on 1 February 2007.

Read More

Bengkel “Whole-Brain Speed Reading Secrets”

Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah menganjurkan Bengkel “Whole-Brain Speed Reading Secrets” pada 21 Ogos 2019 bertempat di Bilik Jamuan, Dewan Canselor UTeM untuk menyahut inisiatif kempen membaca bagi semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 35 orang peserta daripada dalam dan luar UTeM. Antara peserta luar yang hadir adalah dari pada Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan Kolej Yayasan Saad Melaka.

Bengkel ini dianjurkan adalah untuk membantu individu yang menghadapi masalah untuk

  • membaca maklumat yang terlalu banyak,
  • perlu banyak membaca pada waktu yang terhad,
  • membaca banyak perkataan daripada idea,
  • fikiran menerawang dan kurang focus semasa membaca,
  • berulang kali membaca ayat atau perenggan untuk mendapatkan idea dan pemahaman,
  • keletihan mata dan ketegangan mental kerana terlebih membaca
  • rasa perlu untuk mempertingkatkan kemampuan untuk menyampaikan maklumat.

  • Mengatasi tabiat membaca yang kurang produktif.
  • Meningkatkan kemahiran membaca dengan cepat dan berkesan.
  • Membaca pelbagai bahan bacaan dengan lebih pantas.
  • Membina kekuatan fokus mental dan konsentrasi yang tinggi.
  • Memproses maklumat dengan lebih cepat, dengan kefahaman yang tinggi.
  • Mempraktikkan pelbagai strategi inovatif bagi membaca pelbagai bahan bacaan, secara ‘online’ atau ‘offline’.
  • Membaca dengan lebih pantas, pemahaman yang lebih tinggi, daya ingatan yang lebih kuat dan belaja rsecara sistematik dan saintifik.
  • Menggunakan pelbagai teknik psikologi terkini bagi meningkatkan keupayaan otak dan minda secara optima.
  • Membina Peta Minda Inovatif dengan mudah dan cepat.
  • Merangka Pelan Tindakan bagi meningkatkan keupayaan otak dan minda.

Pendedahan kepada kaedah ‘Speed Reading’ serta cara meningkatkan kualiti memori semasa membaca dan merangka maklumat diterangkan oleh Tuan Akbar Ali Bin Abdul Razak yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Latihan semasa bengkel diberikan dalam bentuk teori, praktikal dan senaman kecergasan bagi memudahkan kefahaman kepada peserta. Latihan yang berterusan serta disiplin adalah sangat penting bagi memahirkan kaedah “Speed Reading” ini.

Kemampuan membaca cepat akan membantu individu mencintai kegiatan membaca kerana tidak perlu masa yang panjang untuk mencari kefahaman dan idea dalam sebuah buku. Ini akan membua tindividu senantiasa meningkatkan jumlah bacaan bagi mendapatkan pemahaman dan pengetahuan agar menjadi peribadi yang lebih unggul serta menyelesaikan tugas yang berhubungan dengan kegiatan membaca jauh lebih mudah.

 

Ke Portal Perpustakaan

LIBRARY OUTREACH

Pada 14 Ogos 2019(Rabu), Seksyen Rujukan, Perpustakaan Laman Hikmah(PLH), UTeM telah menganjurkan program sua muka dalam sesi Library Outreach. Program tahunan ini merupakan salah satu inisiatif PLH beramah mesra dengan warga fakulti dengan menyebarkan maklumat perkhidmatan penyelidikan kepada mereka.

Sesi perkongsian ini telah berlangsung di Makmal Clear, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Teknousahawan(FPTT) bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari dengan dihadiri oleh  seorang pelajar pra siswazah, 10 pelajar siswazah dan lima(5) orang staf akademik.

Berikut adalah perkongsian ilmu pengetahuan yang disampaikan pada hari berkenaan:

  1. Maklumat perkhidmatan penyelidikan yang disediakan oleh PLH kepada warga UTeM.
  2. Jurnal-jurnal yang terindek dalam Scopus dan WoS.
  3. Jurnal-jurnal yang telah terkeluar dari Scopus dan WoS.
  4. Turnitin Plagrism software
  5. Demontrasi Sistem URIS (pelakasanaan format .csv dalam penerbitan

Peserta yang hadir memberi maklum balas yang positif dimana banyak soalan yang diajukan bagi meningkatkan pengetahuan mereka. Antara kemusykilan peserta adalah cara mengetahui kesahihan sesebuah Jurnal serta platform yang perlu mereka rujuk sebelum menerbitkan sesebuah penerbitan. Setiap soalan telah dijawab oleh Pustakawan dan mendapat pemahaman yang jelas dan mereka berharap dapat belajar lebih lanjut dalam sesi yang lain.

Pustakawan Seksyen Rujukan memaklumkan sekiranya peserta memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan penerbitan dan scholarly output bagi penyelidikan, mereka digalakkan hadir dalam Information Literacy Programme atau hubungi Pustakawan di Unit Bantuan Penyelidikan iaitu Puan Wizana Abd Jalil dan Cik Nor Ilyah Othman.

 

 

Ke Portal Perpustakaan

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PEMERKASAAN REPOSITORI INSTITUSI (IR) UTeM

Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk mengukuhkan isi kandungan, metadata serta peraturan kemasukkan data di platform IR. Selain itu juga ianya dijadikan satu platform penjanaan idea bagi penyediaan strategi peningkatan ranking IR.

Bengkel ini juga memberi peluang kepada setiap peserta untuk berbincang, mengenal pasti dengan mencadangkan idea baru hasil daripada dapatan yang diterima daripada pembacaan dan pemerhatian. Setiap peserta bengkel diberikan tugasan untuk membentangkan topik yang telah dipilih berdasarkan pengisian bengkel. Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan dan dibincangkan ialah:

  • Cadangan penambahbaikan data entri, jenis dan metadata bahan
  • Cabaran untuk mendepani IR : Kaedah meningkatkan / mengekalkan IR serta punca kejatuhan / kegagalan IR)
  • Strategi IR : Scholar, Keternampakkan, Rich file dan saiz

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif penganjuran dan sedang dalam usaha untuk mengambil tindakan berterusan bagi memastikan idea serta cadangan yang diterima ketika bengkel ini dilaksanakan sehingga menjadi realiti.

Foto sekitar bengkel di SINI.

Ke Portal Perpustakaan

PENERIMA APC PLH 2018

Tahniah diucapkan kepada empat orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bagi tahun 2018 iaitu En. Mawardi Badruddin, Pn. Norshahila Che Din, En. Noor Rahman Jamiah Jalil dan Pn. Norziyana Hanipah di atas pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2018. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Pn. Siti Saluwa Jamal di atas penerimaan Anugerah Jasa Bakti iaitu 20 tahun perkhidmatan.

Kesemua penerima anugerah telah diraikan di dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Sanjungan Jasa Universiti 2018 yang telah diadakan pada 3 Mei 2019 yang lalu bertempat di Dewan Canselor, UTeM.

Semoga kejayaan ini dapat menjadi pendorong kepada staf perpustakaan yang lain untuk terus cemerlang dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan pada masa akan datang.

Ke Portal Perpustakaan